saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 05/08/2007

Cinta gondol Anugerah Filem Terbaik FFM Ke-20

PULAU PINANG 4 Ogos Cinta arahan Khabir Bahtia mencatatkan sejarah bagi Festival Filem Malaysia Ke-20 (FFM-20) apabila muncul filem arahan pengarah luar pertama yang dipilih sebagai Filem Terbaik.

Dalam acara kemuncak FFM-20 yang berlangsung di sini malam ini, Cinta menewaskan filem Waris Jari Hantu arahan Shuhaimi Baba yang disebut-sebut akan memenangi kategori Filem Terbaik.

Dengan kemenangan itu, syarikat produksi yang menerbitkan Cinta menerima hadiah wang tunai RM50,000, bantuan khidmat perfileman oleh Finas bernilai RM100,000, 6,000 kaki filem serta kamera digital sumbangan Kodak bernilai RM10,000 dan trofi.

Anugerah disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.

Selain Filem Terbaik, Cinta turut memenangi kategori Penyunting Terbaik (Akash Singh), Lakon Layar Terbaik (Mira Mustapha) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Rahim Razali).

Sebelum ini, FFM tidak pernah memberi penyertaan kepada filem yang melibatkan pengarah atau penulis lakon layar dari luar negara.

Kategori Pengarah Terbaik pula dimenangi oleh Shuhaimi Baba menerusi filem Waris Jari Hantu. Beliau menerima hadiah wang tunai RM25,000 dan trofi.

Kategori Pelakon Lelaki Terbaik dimenangi oleh Rusdi Ramli menerusi filem Waris Jari Hantu. Beliau menerima hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi.

Pelakon utama filem Red Kebaya, Vanida Imran memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik dan membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.

Sementara Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dimenangi oleh Azean Irdawaty menerusi Waris Jari Hantu.

FFM-20 dianjurkan oleh Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dan Finas dengan kerjasama kerajaan negeri Pulau Pinang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.