saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 05/08/2007

Masalah kepada persatuan: Shahidan sedia lepas jawatan

IPOH 5 Ogos - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini berkata, beliau sedia melepaskan jawatan dalam semua persatuan sukan jika kehadirannya menyebabkan berlakunya kucar-kacir dalam persatuan terbabit.

Beliau turut mencabar mana-mana pihak jika dapat menunjukkan bahawa kehadirannya dalam persatuan-persatuan berkenaan telah menyebabkannya bertambah parah dan akan meletak jawatan serta merta jika dakwaan mereka benar.

Kehadiran beliau dalam beberapa persatuan adalah atas jemputan persatuan berkenaan yang sebelumnya menghadapi masalah dalaman, katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Ipoh Barat di sini.

Menteri Besar Perlis adalah Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PBP) selain menerajui persatuan kebangsaan seperti Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) dan Persatuan Kabbadi Malaysia (KAM).

Shahidan berkata, beliau tidak pernah meminta dicalonkan sebagai presiden atau inginkan publisiti murah dengan memimpin persatuan-persatuan itu.

Kehadirannya dalam KOAM dan ASUM telah meredakan krisis dalaman masing-masing, malahan pentadbiran ASUM dan KOAM kini berjalan lancar serta berjaya melahirkan beberapa perenang dan atlet olahraga yang berbakat besar, katanya.

Dalam pada itu, Shahidan turut meminta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said supaya tidak membuat tanggapan bahawa kepimpinan menteri, timbalan menteri dan setiausaha Parlimen gagal membantu membangunkan sukan.

Beberapa menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen dan ketua menteri telah melepaskan jawatan berikutan arahan Kabinet minggu lepas supaya mereka meletakkan jawatan dalam persatuan sukan supaya tidak dibebani dengan terlalu banyak tanggungjawab.

Arahan itu bagaimanapun tidak melibatkan menteri besar dan ketua menteri.

Dalam perkembangan lain, Shahidan kesal dengan kenyataan Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr. Nordiyanah Hassan dalam akhbar hari ini yang mengatakan bahawa penduduk Perlis paling tinggi tidak bersenam.

Beliau berkata, kerajaan negeri telah merangka pelbagai aktiviti sukan untuk memastikan rakyat Perlis mengamalkan gaya hidup sihat terutama kakitangan awam dengan mewajibkan mereka menyertai aktiviti senaman setiap Sabtu dan Ahad.

Dr. Nordiyanah dalam laporan akhbar hari ini disebut sebagai berkata, kajian Kementerian Kesihatan pada tahun 2005/2006 menunjukkan bahawa Perlis merupakan negeri yang mencatatkan keputusan paling tinggi iaitu 87.6 peratus rakyatnya tidak bersenam diikuti Sarawak 73.4 peratus dan Terengganu 73 peratus. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.