saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 07/08/2007

Tabah jaga dua anak kurang upaya


(Dari kiri) Zainuddin Mohamad dan isteri, Zurina Salleh menerima dua buah kerusi roda untuk kegunaan dua anaknya, Nur Aina Nadirah dan Muhamad Amirol (kanan) di Kampung Serdang Baru, Kuala Terengganu, baru-baru ini. – Gambar MAHATHIR ALI.


KUALA TERENGGANU 6 Ogos – Membesarkan cahaya mata untuk menjadi seorang insan yang berguna bukanlah satu tugas mudah terutama jika anak itu kurang upaya dan memerlukan perhatian setiap masa.

Bagi pasangan Zainuddin Mohamad, 39, dan Zurina Salleh, 32, dari Kampung Serdang Baru di sini, dikurniakan dua cahaya mata yang menghidap penyakit neurodegenerative disorder atau penyakit yang berpunca dari keracunan darah tidak pernah menganggap kurniaan Allah itu sebagai bebanan.

Walaupun hanya bekerja sebagai buruh di kilang kayu dengan pendapatan purata sebanyak RM400 sebulan, Zainuddin tetap tabah untuk membesarkan dua anaknya iaitu Muhammad Amirol, 8, dan Nur Aina Nadirah, 6.

Menurut Zurina, kedua-dua anaknya normal ketika dilahirkan, namun apabila mencecah usia tiga tahun, masing-masing mula menunjukkan simptom penyakit tersebut.

“Amirol membesar seperti kanak-kanak lain, boleh bercakap, berjalan, mengira walaupun baru berusia dua tahun lebih.

‘‘Namun semuanya berubah ketika dia berusia tiga tahun apabila setiap malam selalu tersentak-sentak ketika tidur dan terjatuh semasa berjalan walaupun di permukaan yang rata,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini baru-baru ini.

Risau dengan keadaan Amirol, suami isteri itu membawa anak sulung mereka ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan dan doktor mengatakan anaknya itu hanya menghidap penyakit sawan dan diberi clonazipan iaitu ubat kejang.

Walaupun ia berjaya mengurangkan sentak yang dialami Amirol setelah pengambilan ubat itu selama tiga bulan, namun pasangan berkenaan tetap terus berikhtiar mengubati penyakit tersebut melalui perubatan tradisional.

Astro

Beribu-ribu ringgit dihabiskan untuk perbelanjaan mengubati Amirol, namun kesihatannya terus menyusut apabila mula tidak mampu bercakap dan berjalan apabila berusia lima tahun.

Kesabaran dan ketabahan pasangan suami isteri itu sekali lagi diuji apabila anak perempuan mereka turut mengalami penyakit yang sama seperti abangnya.

“Hasil beberapa siri ujian yang dijalankan di HSNZ, doktor mengesahkan kedua-dua anak kami itu mengidap penyakit genetik yang dikenali sebagai neurodegenerative disorder yang mana darah suami dan saya tidak serasi dan menyebabkan keracunan darah kepada anak-anak kami,” katanya.

Imunisasi atau daya tahan penyakit kedua-dua anaknya itu amat lemah dan mudah mendapat demam serta sensitif pada cuaca panas selain tidak mampu untuk menghadamkan makanan pejal kecuali bijirin dan susu yang disuap dengan menggunakan alat khas.

Menurut Zurina, setiap bulan, dia dan suaminya memerlukan hampir RM1,000 untuk perbelanjaan membeli ubat-ubatan iaitu ubat demam, ubat gamat, bijirin dan susu serta lampin pakai buang.

“Kalau nak ikut dari segi kemampuan, memang saya dan suami tidak berdaya untuk menyara kedua-dua anak kami itu, namun bagi kami, anak adalah amanah Allah yang wajib dilaksanakan,” katanya yang mendapat bantuan sebanyak RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Baru-baru ini, suami isteri tersebut menarik nafas lega apabila nasib kedua-dua anak mereka mendapat perhatian Astro menerusi Program Gegar U yang menyampaikan sumbangan dua buah kerusi roda khas bernilai RM2,500 setiap satu.

Kerusi roda berkenaan membolehkan dua beradik itu bergerak tanpa perlu dipapah sekali gus mereka tidak perlu lagi terbaring sepanjang hari.

Program Gegar U yang disiarkan menerusi saluran Astro Ria setiap Rabu 9.30 malam selama 10 episod itu adalah hasil kerjasama Astro dengan Yayasan Budi Penyayang, Kumpulan Utusan, The Star dan Universiti Malaysia Terengganu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.