saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 08/08/2007

Saloma tawar Habibah rakam lagu

HANYA kerana lagu Malam Ini Kita Berpisah, nama penyanyi Habibah Yaacob, 59, terus diingati hingga kini.

Ternyata lagu ciptaan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang dimuatkan dalam filem Enam Jahanam yang diterbitkan pada tahun 1969 itu membawa tuah kepada Habibah atau nama sebenarnya, Khairani.

Menurut Habibah atau senang membahasakan diri sebagai Kak Bibah, Allahyarham Puan Seri Saloma yang menawarkan dia menyanyi lagu tersebut.

“Kak Bibah ingat lagi, arwah Saloma dan wakil EMI, Puan Beh datang ke RTM buat tawaran. Ketika itu Kak Bibah kerja di RTM sebagai penerbit sambilan sepenuh masa. Waktu itu RTM masih beroperasi di bangunan Federal House.

“Memanglah terkejut kerana ditawar untuk membuat rakaman. Lagipun manalah Kak Bibah pernah buat rakaman. Tertarik dengan tawaran tersebut, Kak Bibah pun setuju untuk merakam lagu Malam Ini Kita Berpisah,” ceritanya yang ditemui di Kampung Mahkota, Batu Caves, Selangor, baru-baru ini.

Jelas Habibah, bersama syarikat EMI, dia menghasilkan tiga EP. Antara lagu yang dirakam ialah Sudah Senyum Mengapa Jauh dan Bukan Jodoh Bukan Suratan (duet bersama Taufik Ali). Malah dia pernah merakam lagu ciptaan komposer Datuk Ibrahim Bachik, Datuk Johari Salleh dan Datuk Ahmad Nawab.

Namun pembabitan Habibah dalam bidang seni suara hanya bertahan untuk tiga tahun. Selepas merakam lagu Malam Ini Kita Berpisah, Habibah mengundur diri.

Ketika itu Habibah memberi tumpuan pada rumah tangga yang dibinanya bersama Hamid Che Mat pada tahun 1971 (meninggal dunia tahun lalu). Mereka dikurniakan lima orang anak.

Meskipun tidak aktif menyanyikan lagu-lagu pop tapi Habibah masih meneruskan aktiviti sebagai penyanyi nasyid.

Penyanyi nasyid

Ini kerana sebelum mendapat tawaran mendendangkan lagu pop, Habibah terlebih dahulu mengukir nama sebagai penyanyi nasyid.

“Kak Bibah mula menyanyi lagu-lagu nasyid sejak usia 14 tahun lagi. Waktu itu Kak Bibah belajar mengaji, mar haban dan berzanji dengan ustaz Datuk Hassan Ashaari. Sampai sekarang Kak Bibah masih belajar dengan dia.

“Dulu masa Kak Bibah belajar di sekolah agama di Kampung Batu, Datuk Hassan adalah nazir di situ. Di bawah pimpinan Datuk Hassan, Kak Bibah sering menyanyi nasyid secara berkumpulan setiap kali Tilawah Membaca Al-Quran peringkat antarabangsa atau kebangsaan,” jelasnya.

Malah kata Habibah, pada tahun 1969 kumpulan nasyid pimpinan Datuk Hassan pernah diundang mengadakan persembahan di Medan untuk mengeratkan hubungan antara dua negara.

Rupa-rupanya nenek kepada sembilan orang cucu itu juga pernah muncul sebagai naib johan musabaqah peringkat Selangor.

“Sekali itu sahaja Kak Bibah masuk pertandingan musabaqah lepas itu tidak pernah mencuba lagi. Kalau menyanyi nasyid itu boleh dikatakan setiap kali musabaqah bermula,” katanya terus terang.

Selain mencuba menyertai pertandingan musabaqah, Habibah juga pernah menguji bakat dalam pertandingan Bintang Radio pada tahun 1968, namun tidak berjaya.

Terbaru, Habibah akan muncul dalam Konsert Malaysia Arabia di Istana Budaya pada 16, 17 dan 18 Ogos ini setelah sekian lama tidak menyanyi di khalayak umum.

Sekarang ini Habibah sering diundang untuk membaca selawat atau berzanji pada majlis perkahwinan.

Malah di kalangan rakan-rakan, Habibah sering diundang ke rumah untuk mengajar mengaji al-Quran.

“Kak Bibah lebih senang mengajar mengaji al-Quran dari rumah ke rumah, itu pun di kalangan saudara-mara sahaja. Selama mengajar orang mengaji, Kak Bibah tidak pernah menentukan bayaran, terpulang pada budi bicara mereka,” katanya yang mula mengajar mengaji sejak 1974.

Dia yang berasal dari Kampung Mahkota, Batu Caves, Selangor dan belajar di Sekolah Menengah Convent, Sentul itu merupakan anak ketiga daripada empat beradik.

Bersama adik beradik yang lain, Habibah pernah bergerak di bawah nama kumpulan D’Mahkota yang sering mengadakan persembahan di majlis perkahwinan.

Walaupun anak-anaknya tidak cenderung ke arah seni, namun dia mempunya dua anak saudara yang menyanyi iaitu Shuib Freedom dan Zul 2 By 2 (Zulkifli Majid).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.