saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 09/08/2007

Idola Patriotik 2007 bentuk jati diri generasi baru




BAGI memeriahkan sambutan kemerdekaan negara yang ke-50 tahun, pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) buat julung kalinya menganjurkan pertandingan Idola Patriotik 2007.

Pertandingan Idola Patriotik 2007 terbuka kepada peserta berusia antara 16 hingga 30 tahun. Ia bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang seni suara yang berkarisma.

Selain itu pertandingan yang memulakan pencarian sejak Mac lalu juga bertujuan membentuk para peserta agar mempunyai jati diri yang kuat, berwajah bangsa, agama dan negara serta menjadi ikon kepada generasi baru.

Daripada ratusan penyertaan di seluruh negara hanya 26 peserta yang berjaya melayakkan diri ke separuh akhir peringkat kebangsaan di mana dua peserta mewakili setiap negeri.

Kini hanya lapan peserta sahaja akan bersaing bagi merebut gelaran juara yang bakal berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri, pukul 8.30 malam, esok (Jumaat).

Pertandingan yang menawarkan hadiah utama bernilai RM10,000, RM5,000, RM3,000 dan RM500 untuk saguhati beserta trofi dan sijil itu akan disiarkan secara langsung menerusi RTM1.

Para peserta yang bakal bersaing ialah Zalina Kassim, 25, yang akan mendendangkan lagu (Malaysia Tanah Airku), Emil Hamlyn ak Paul Diring, 28, (Taman Rohani), Muhaimin Azzahan, 20, (Teraju Negara), Rosmawati Mat Dali, 28, (Tanah Air), Syaifaana Mohamed Subri, 22, (Malaysia Tercinta), Ahmad Falah Ahmad Bassim, 22, (Niatku), Fadzril Nidzam Ishak, 27, (Cinta Setia) dan Farah Nabilla Noor Anuar, 27, (Tanah Pusaka).

Kesemua mereka akan dinilai oleh juri profesional dari segi vokal, persembahan dan penampilan bagi merebut gelaran juara.

Zalina Kasim

Penyanyi kebudayaan Dewan Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah itu menyertai pertandingan Idola Patriotik kerana ia berbeza daripada pertandingan nyanyian lain.

“Bagi saya pertandingan lagu-lagu patriotik dapat menyemarakkan semangat saya sebagai rakyat Malaysia. Ini merupakan percubaan kedua selepas saya muncul sebagai juara untuk pertandingan Idola antara bandaraya di Kota Kinabalu,” kata Zalina.

Emil Hamlyn AK Paul Diring

Merupakan finalis Bintang RTM 2005. Emil yang sering menjadi pengacara majlis sekitar Kuching, Sarawak itu menganggap penyertaannya dalam pertandingan Idola Patriotik sebagai satu cabaran.

“Biarpun saya pernah menyertai pertandingan lagu-lagu komersial tapi lagu-lagu patriotik ini lebih mencabar ter-

utamanya dari segi vokal biarpun muziknya kelihatan ringan,” katanya yang menguruskan perniagaan sendiri.

Rosmawati Mat Dali

Sudah tujuh tahun menjadi penyanyi untuk Briged Seni Melaka. Rosmawati lebih banyak menyertai pertandingan lagu-lagu asli dan malar segar.

“Saya menyertai pertandingan ini kerana ingin mencuba sesuatu yang baru. Saya ingin membuktikan bahawa lagu patriotik bukan sekadar hiburan tapi penuh dengan mesej,” katanya.

Muhaimin Azzahan

Ini adalah pertandingan nyanyian ketiga anjuran RTM yang disertai oleh Muhaimin atau Amin. Sebelum ini Amin menjadi finalis Suara Emas Bintang RTM 2007 dan Bintang Klasik Nasional 2007.

Kata Amin, dia menyertai pertandingan lagu patriotik kerana ingin membuktikan bahawa generasi muda sepertinya tetap meminati irama sebegitu. “Memanglah lagu patriotik sering dianggap muzik bermusim tapi kalau bukan generasi muda yang memperjuangkannya, siapa lagi?. Kalau saya diminta merakam lagu patriotik, saya tidak akan menolak kerana ia akan menjadi khazanah yang amat berharga,” katanya.

Syaifaana Mohamed Subri

Anak kelima daripada lapan beradik ini mula menyanyi sejak usia sembilan tahun lagi.

Syaifaana atau mesra dengan panggilan Ann masih lagi belajar di Kolej Komuniti, Sungai Petani, Kedah. Namun di waktu yang sama, Ann tetap meneruskan kerjaya sebagai penyanyi sambilan bagi menjayakan persembahan di sekitar utara tanahair.

“Saya harap pertandingan sebegini akan diteruskan kerana lagu-lagu patriotik dapat menanam semangat jati diri kepada pendengar yang menghayati lirik lagu tersebut,” katanya.

Ahmad Falah Ahmad Bassim

Berbanding finalis lain, Ahmad Falah tidak banyak menyertai pertandingan nyanyian. Sebelum ini dia pernah menjadi finalis Bintang Asli Peringkat Terengganu.

“Saya memang tidak menaruh harapan tinggi tapi bila sudah berjaya sampai ke peringkat akhir, saya berazam akan buat yang terbaik. Kalau berjaya pun saya membawa nama negeri,” kata graduan Seni Persembahan, UiTM.

Fadzril Nidzam Ishak

Bekerja sebagai Pegawai Kebudayaan di UiTM, Shah Alam dan sering menjadi penyanyi latar mengiringi persembahan artis ternama.

“Menang atau kalah adalah urusan-NYA. Sebagai peserta saya akan cuba buat yang terbaik kerana pertandingan ini amat bermakna kepada saya,” katanya yang pernah menjadi finalis Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2006.

Farah Nabilla Noor Anuar

Pelajar di Institut Intergriti Media, Kuala Lumpur ini bukan sahaja sering menyertai pertandingan nyanyian. Malah dia juga pernah menjadi johan pertandingan Puisi Institusi Pengajian Tinggi MARA Kebangsaan 2006.

“Saya tidak menghadapi masalah untuk menyanyikan lagu-lagu patriotik kerana ia hampir sama seperti deklamasi sajak. Kedua-duanya memerlukan penghayatan dan semangat yang tinggi ketika membuat persembahan,” jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.