saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 09/08/2007

Negaraku: Polis tiada kuasa

KUALA LUMPUR 7 Ogos – Polis tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat atau menahan seorang pelajar Malaysia di sebuah universiti di Taiwan yang dikatakan menghina lagu Negaraku dan menyindir kerajaan.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd. Najib Abdul Aziz berkata, polis tidak boleh mengambil apa-apa tindakan kerana kejadian tersebut berlaku di luar negara.

“Polis hanya boleh kuat kuasa undang-undang terhadapnya sekiranya kejadian itu berlaku dalam negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Kemerdekaan peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini malam ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar tempatan hari ini mengenai aksi pelajar itu yang dikenali sebagai “Namewee” di dalam sebuah video klip yang menggunakan bahasa kasar serta lucah semasa menyanyikan Negaraku yang diselitkan dengan nyanyian rap dalam bahasa Mandarin.

Lebih teruk lagi lagu Negaraku turut diberikan dengan nama baru iaitu Negarakuku dalam video klip yang disiarkan selama lima minit 32 saat di sebuah laman web sejak pertengahan bulan lepas.

Pelajar berusia 24 tahun itu, yang dikatakan sedang mengikuti jurusan Komunikasi Massa di Universiti Ming Chuan, Taiwan turut memperlekehkan umat Islam serta menyindir anggota polis serta kakitangan kerajaan.

Bagaimanapun Mohd. Najib berkata, polis akan tetap menjalankan siasatan sekiranya ada pihak di negara ini yang melaporkan kejadian tersebut kepada badan berkuasa itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.