saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 10/08/2007

Negaraku: Meng Chee mohon maaf

MUAR 9 Ogos – Pencipta klip video kontroversi kerana dikatakan menghina lagu Negaraku, Wee Meng Chee, 24, hari ini memohon maaf kepada umat Islam dan rakyat Malaysia yang tersinggung dengan apa yang dihasilkan dalam klip tersebut.

Pelajar tahun akhir Universiti Ming Chuan, Taiwan yang berasal dari Muar itu berkata, dia memohon maaf berikutan perbuatannya tetapi pada masa sama meminta rakyat Malaysia terlebih dahulu memahami terjemahan lagu menerusi klip video Negaraku yang diciptanya, sebelum menghukumnya.

Pelajar jurusan Komunikasi Awam itu ketika dihubungi di Taiwan hari ini berkata, dia sebenarnya tidak berniat untuk mempersendakan lagu kebangsaan sebaliknya klip video tersebut dihasilkan hanya untuk suka-suka.

‘‘Saya menghasilkan klip video tersebut bertujuan supaya masyarakat Cina di seluruh dunia yang faham lirik lagu itu tahu keunikan yang ada di Malaysia dan atas sebab itu, ia dihasilkan dalam bahasa Cina.

‘‘Saya tidak menyangka klip video ini akan menyebabkan hati rakyat Malaysia terguris dan sekiranya mereka terluka dengan lirik lagu ini yang saya terjemahkan dalam Bahasa Malaysia, saya memohon maaf,’’ katanya.

Meng Chee atau nama gelarannya, Namewee, dikatakan mencipta satu klip video dengan menggunakan bahasa kasar serta lucah semasa menyanyikan Negaraku.

Malah, lagu Negaraku itu turut diberi nama baru iaitu Negarakuku dan disiarkan selama lima minit 32 saat di sebuah laman web sejak pertengahan bulan lalu.

Berikutan tersiarnya klip video Negarakuku itu di laman web YouTube, sebuah akhbar tempatan menyiarkan tindakan biadap pelajar terbabit sehingga mengundang pelbagai reaksi daripada rakyat negara ini termasuk pemimpin tempatan.

Kata Meng Chee, klip video itu yang dihasilkannya sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-50 tahun ini hanya berunsurkan muzik dan tiada kena mengena dengan fahaman politik atau menyentuh hal agama.

‘‘Saya sendiri tinggal di Muar dan rumah saya berdekatan dengan dua buah masjid. Saya juga mempunyai ramai kawan berketurunan Melayu, jadi untuk apa saya menghina agama orang lain,’’ jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.