saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/08/2007

Idola Patriotik 2007 bawa tuah pada Rosmawati

MENDENDANGKAN lagu Tanah Air bukan sekadar memenuhi syarat pertandingan, sebaliknya Rosmawati Mat Dali, 28, turut menghayati setiap bait lirik tersebut.

Peserta yang mesra dengan panggilan Rosma itu berkata, lirik lagu Tanah Air mampu membuatkan dirinya sedar betapa untungnya menjadi warga Malaysia.

Lantaran menghayati bait-bait yang penuh makna itulah Rosma yang merupakan penyanyi dari Briged Seni Melaka berupaya menyelami maksud lagu tersebut dengan penuh perasaan.

Kesungguhan Rosma mendendangkan lagu tersebut akhirnya berjaya meletakkan dirinya sebagai juara pertandingan Idola Patriotik 2007 yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Rosma yang memperoleh wang kemenangan RM10,000, trofi dan sijil itu melahirkan rasa bersyukur kerana kejayaan itu melunaskan janjinya pada ibu, Aminah Yahya.

“Sudah lama saya berjanji dengan ibu untuk membuat sesuatu kepadanya. Kemenangan ini membolehkan saya menunaikan janji tersebut,” katanya yang enggan menjelaskan lebih lanjut tentang hasratnya itu.

Bagaimanapun Rosma yang berasal dari Batu Berendam, Melaka dan pernah muncul sebagai juara Idola P.Ramlee dan Saloma Negeri Melaka 2007 berkata, kemungkinan besar wang kemenangan akan digunakan untuk melangsungkan perkahwinannya.

Dia yang sudah bertunang dengan seorang ahli perniagaan itu merancang untuk mendirikan rumah tangga pada penghujung tahun ini.

“Selain menunaikan janji saya pada ibu, kemenangan ini juga merupakan hadiah perkahwinan saya. Ini bukan kejayaan saya seorang. Banyak pihak yang membantu,” katanya terus terang.

Sementara Muhaimin Azzahan, 20, atau lebih dikenali sebagai Amin yang menduduki tempat kedua, melahirkan rasa kecewa kerana ini merupakan kali ketiga tahun ini dia menyertai pertandingan nyanyian anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Sebelum ini peserta dari Sungai Petani, Kedah ini pernah menjadi finalis pertandingan Bintang Klasik Nasional 2007 dan Suara Emas Bintang RTM 2007.

“Kalau kata saya tidak kecewa bohonglah. Memang ada sedikit terkilan kerana saya mengharapkan yang lebih baik daripada ini. Apa pun saya redha kalau Tuhan sudah tetapkan rezeki saya hanya tempat kedua,” katanya yang tidak akan putus asa untuk menyertai apa sahaja pertandingan nyanyian anjuran RTM di masa akan datang.

Amin yang mendendangkan lagu Teraju Negara itu tidak menafikan ada sedikit kesilapan pada akhir persembahannya.

“Saya tidak dapat lontarkan vokal dengan baik pada bahagian nada yang tinggi. Kesalahan itu tidak begitu ketara,” katanya terus terang.

Amin yang memperoleh wang RM5,000, trofi dan sijil penyertaan akan menyimpan wang kemenangannya sebagai pelaburan masa depan.

Bagi Fadzril Nidzam Ishak, 27, dari Kelang, Selangor yang merupakan pegawai kebudayaan di UiTM, Shah Alam pula berkata, dia telah melakukan yang terbaik sewaktu mendendangkan lagu Cinta Setia.

“Memanglah bila masuk pertandingan siapa yang tak nak menang tapi keputusannya sukar diramal. Apa pun saya sudah buat yang terdaya dan saya tetap bersyukur walaupun mendapat tempat ketiga,” katanya yang akan menyimpan wang kemenangan RM3,000 ke dalam Amanah Saham Nasional (ASB).

Pertandingan yang bertujuan untuk melahirkan penyanyi-penyanyi berkarisma serta mempunyai semangat jati diri yang kuat, berwajah bangsa, agama dan negara itu turut menawarkan wang tunai RM500, trofi dan sijil kepada finalis lain.

Antara finalis yang terbabit ialah Zalina Kassim yang mendendangkan lagu Tanah Airku, Emil Hamlyn Ak Paul Diring (Taman Rohani), Syaifanaa Muhamed Subri (Malaysia Tercinta), Ahmad Falah Ahmad Bassim (Niatku) dan Farah Nabilla Noor Anuar (Tanah Pusaka).

Persembahan para peserta yang diiringi oleh Orkestra RTM di bawah pimpinan Ruslan Imam itu dinilai oleh juri profesional terdiri daripada Johari Teh, Fauzi Marzuki, Juliza Adlizan, Johan Nawawi dan Jimmy Ali, selaku ketua juri. Penilaian dibuat berdasarkan dari segi vokal, penampilan dan persembahan.

Sementara artis yang turut memeriahkan program yang diacarakan oleh Faidz Sanusi dan Hanie Hamid itu ialah Datuk Siti Nurhaliza, Nora, Siri Sarah, Izwan Pilus, Azharina Azhar, Victor Lee, Shahir dan Banumitha.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.