saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/08/2007

Tony Kassim meninggal semasa solat Tahajud

KLANG 12 Ogos – Pelakon veteran, Tony Kassim atau nama sebenarnya, Wan Abd. Rahman Wan Ahmad Tajuddin, 72, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Pandamar, Pelabuhan Klang di sini awal pagi semalam.

Allahyarham yang pernah membintangi filem Melayu bertajuk Anak Dara dan Wan Perkasa masing-masing diterbitkan pada tahun 1966 dan 1964 menghembuskan nafas terakhir ketika sedang sujud sembahyang Tahajud di dalam biliknya kira-kira pukul 1 pagi ini.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di kampung berkenaan kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Tony Kassim yang berumah tangga sebanyak tiga kali meninggalkan tujuh orang anak iaitu dua daripadanya hasil perkahwinan isteri pertama, empat daripada isteri kedua dan seorang anak daripada isteri ketiga.

Persatuan Seniman Malaysia turut menghulurkan sumbangan wang tunai sebanyak RM1,500 kepada isterinya Juwita Hashim, 47, yang disampaikan oleh wakil persatuan itu, Rosham Thamby.

Menurut Juwita, Allahyarham pernah mengadu sakit di bahagian dada pada pukul 10 pagi kelmarin, namun keadaannya kembali pulih selepas itu.

Berjemaah

Bagaimanapun, menurutnya, suaminya yang sentiasa menunaikan solat berjemaah di sebuah masjid di kampung itu pulang ke rumah apabila berasa tidak sihat selepas menunaikan solat Maghrib.

“Biasanya Allahyarham tidak akan pulang ke rumah, sebaliknya akan sembahyang Isyak di masjid saja, tapi keadaan berbeza semalam yang mana Allahyarham solat Isyak di rumah saja.

“Saya terus hubungi anak-anak dan tidak lama kemudian mereka tiba ketika ayah mereka sedang sembahyang Tahajud. Mereka pelik apabila melihat Allahyarham sujud, tapi tidak bangun-bangun,” ujarnya.

Cerita Juwita lagi, suaminya terus rebah ke pangkuan apabila disentuh anaknya. Mereka terus menghubungi pihak ambulans untuk melakukan pemeriksaan tetapi Allahyarham telah meninggal dunia.

“Sebelum meninggal dunia, Allahyarham tidak menunjukkan sebarang perubahan kecuali batuk-batuk ringan. Cuma Allahyarham sempat berpesan agar segerakan urusan pengebumiannya apabila meninggal dunia,” kata Juwita yang berkongsi hidup dengan Rahman selama 11 tahun.

Sementara itu, adik Allahyarham, Wan Abd. Hashim Wan Ahmad Tajuddin, 57, pula menyifatkan abangnya seorang yang sangat amanah dan suka menolong orang lain dalam kesusahan selain tegas dalam sesuatu perkara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.