saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 13/08/2007

Budaya selenggara aset


Yahya Abdul Jalil.


TAHUN ini boleh saja dirumuskan sebagai tahun runtuh dan bocor. Ini kerana sepanjang lapan bulan, berita-berita mengenai siling runtuh dan paip bocor di bangunan-bangunan kerajaan menjadi tajuk utama media cetak dan elektronik.

Peliknya kejadian runtuh dan bocor itu berlaku di bangunan-bangunan kerajaan yang baru dibina dan belum pun lima tahun digunakan.

Lebih menimbulkan persoalan ialah bangunan paling baru iaitu Kompleks Mahkamah Jalan Duta yang pembinaannya menelan belanja berjuta-juta ringgit turut mengalami nasib yang sama. Timbul reaksi di sana sini termasuk oleh Perdana Menteri sendiri mengenai budaya penyelenggaraan yang amat cetek di kalangan masyarakat kita terutama kepada pemain-pemain industri yang terlibat dalam pembinaan bangunan-bangunan awam ini.

Seolah-olah kita hanya tahu membina tetapi tidak mempunyai kepakaran untuk menyelenggara sehingga mengakibatkan kebocoran, keruntuhan dan keretakan di sana sini. Ia sekali gus menjejaskan kepercayaan rakyat sebagai pembayar cukai yang hakikatnya memegang status pemilik bersama bangunan-bangunan serta infrastruktur awam.

“Kerajaan sebagai penjaga (custodian) memikul amanah serta tanggungjawab memastikan bangunan-bangunan awam serta infrastruktur yang dibina dijaga dengan baik dan sentiasa diselenggara,” kata Pengarah Urusan Advanced Maintenance Precision Management Sdn. Bhd. (AMPM), Datuk Yahya A. Jalil ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Perhatian

Sebagai orang yang telah lama berkecimpung dalam industri pembinaan, beliau menarik perhatian mengenai budaya penyelenggaraan di kalangan masyarakat yang parasnya masih rendah. Sedangkan dari segi fitrah Allah mencipta langit, bumi, gunung-ganang, sungai, hutan dan tanam-tanaman dan dikurniakan-Nya secara percuma kepada manusia. Oleh itu adalah menjadi kewajipan manusia menjaga aset-aset semula jadi itu. Hal yang sama terpakai kepada benda-benda ciptaan manusia termasuk bangunan dan infrastruktur yang tugas menyelenggara serta menjaga kemudahan tersebut juga terletak di bahu manusia.

“Dan apabila kebelakangan ini berlaku beberapa kejadian siling runtuh, paip bocor, ia adalah berkaitan dengan tanggungjawab kontraktor berkenaan dan pemain-pemain industri untuk menunaikan amanah yang dipikul di atas bahu mereka,” katanya.

Menyedari kelemahan itu, timbul dorongan AMPM untuk bersama-sama kerajaan (Jabatan Kerja Raya) menganjurkan Konvensyen Aset dan Fasiliti Negara yang bertemakan Menangani Cabaran Masa Depan.

Konvensyen yang julung-julung kali diadakan di negara ini dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini dan dihadiri oleh menteri-menteri Kabinet, pegawai-pegawai kanan kerajaan, pemain industri serta badan-badan yang terlibat dalam industri pembinaan seperti Lembaga Jurutera Malaysia dan sebagainya.

Menurut Yahya, sudah tiba masanya sektor swasta berganding bahu dengan kerajaan untuk mengorak langkah pantas mewujudkan pelan induk pengurusan aset dan kemudahan negara. Katanya, membiarkan isu bocor dan runtuh terlalu lama sama seperti menambah beban kewangan di pihak kerajaan apabila usaha menyelenggara dan memperbaiki hanya dilakukan apabila keadaan telah parah.

Yahya berkata, pengalamannya di luar negara seperti di Jepun misalnya menunjukkan bahawa budaya penyelenggaraan bukan sahaja sebati dengan masyarakat di sana malah ia menjadi penyumbang utama kepada ekonomi di negara matahari terbit itu.

Ditanya apa cabaran utama untuk menerapkan budaya penyelenggaraan di Malaysia, beliau berkata: “Kita adalah masyarakat yang bertindak balas kepada keadaan atau kejadian. Apabila berlaku sesuatu kejadian seperti runtuh dan bocor ini barulah kita bertindak. Dan keadaan ini amat menyedihkan.”

Katanya, kekurangan itu mengheret masyarakat di negara kita bertindak secara ad hoc, tiada kesinambungan sehingga menyebabkan usaha-usaha memperbaiki menjadi tidak sempurna dan perlu diperbaiki lagi sehingga melibatkan kos yang tinggi.

Justeru beliau melihat keperluan mengadakan satu sistem yang seragam dan sempurna dalam hal ehwal penyelenggaraan aset serta kemudahan awam dan ia mesti disegerakan dan pada masa yang sama kerajaan perlu juga menyediakan peruntukan kewangan untuk tujuan tersebut.

Yahya turut menyentuh mengenai peranan pihak penguat kuasa melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan secara berterusan untuk memastikan masalah-masalah seperti parit tersumbat, jalan pecah segera diperbaiki.

“Kalau tidak diperbaiki, lama-kelamaan kos menjadi tinggi sama seperti membuat jalan baru,” katanya.

Beliau turut melihat keperluan anjakan paradigma dalam proses untuk menjadikan penyelenggaraan sebagai satu budaya di kalangan masyarakat di negara ini termasuk menyegerakan pembentukan pusat sehenti yang bertanggungjawab menyelenggara bangunan serta infrastruktur awam.

Mengkaji

Katanya, langkah mewujudkan pusat seumpama itu diyakini dapat mempercepatkan usaha mengkaji kelemahan-kelemahan yang wujud dalam sistem sedia ada dan mengetengahkan langkah-langkah mengatasi masalah tersebut.

Beliau turut melihatkan keperluan melihat semula semua undang-undang yang menyentuh perihal penyelenggaraan bangunan awam termasuk peruntukan akta-akta yang tidak lagi relevan dengan perkembangan semasa.

“Ini adalah salah satu kelemahan yang kita kenal pasti, namun walaupun kita tidak ada undang-undang yang jelas, apa yang patut berlaku ialah apabila sesuatu bangunan dibina, ia mesti dipantau, dibersih, diperiksa setiap hari dan usaha ini perlu dilakukan secara berterusan.

“Kita kena lihat keselamatan bangunan itu bukan sahaja secara luarannya malah apa yang ada di sebalik tembok dan dinding termasuk pendawaiannya, struktur pendingin hawa dan banyak lagi perkara-perkara yang tersembunyi,” katanya.

Beliau berkata, bidang pengurusan aset dan kemudahan awam masih baru di negara kita malah kebanyakan syarikat yang menceburi bidang tersebut mengkhususkan kepakaran mereka kepada bidang tertentu seperti pencucian, pembersihan, pendingin hawa, pendawaian dan semburan racun serangga.

Namun katanya, sebaik-baiknya setiap syarikat pengurusan aset mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam dan kepakaran yang pelbagai bagi memenuhi tuntutan semasa dan bukannya penyelenggaraan dijalankan oleh syarikat berlainan sehingga menimbulkan percanggahan.

Beliau berkata, syarikat-syarikat pengurusan aset juga mesti memenuhi dua kriteria utama iaitu mengenali personaliti sesuatu bangunan dan keperluan-keperluan yang mesti dipenuhi. Kedua-dua syarat itu jika tidak dipenuhi akan menimbulkan masalah di peringkat awal lagi terutama jika ia melibatkan bangunan-bangunan tinggi yang memerlukan system pendawaian yang sempurna misalnya.

‘‘Sudah tiba masanya kita mencipta horizon baru dalam pengurusan aset di Malaysia bukan sekadar mencuci dan menjaga kebersihan,’’ katanya.

Yahya berharap di akhir konvensyen tersebut empat objektifnya tercapai iaitu;

* Memberi kesedaran mengenai isu semasa dan cabaran dalam pengurusan aset kerajaan.

* Menilai kekuatan dan kelemahan sistem sedia ada keberkesanan dan kecekapannya.

* Mengkaji cara-cara untuk memaksimum dan meningkatkan kualiti aset kerajaan.

* Menghasilkan blueprint atau pelan induk pengurusan aset dan kemudahan awam negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.