saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 15/08/2007

Ahmad Fauzee bikin filem lagi


Ahmad Fauzee bersama isteri tercinta, Ayu.


MASIH ingat dengan filem Kolej 56 yang diterbitkan pada tahun 1987? Filem muzikal lakonan penyanyi Salwa Abdul Rahman itu mirip filem Grease lakonan John Travolta dan Olivia Newton John.

Apa yang menarik, filem itu merupakan filem pertama arahan Ahmad Fauzee yang ketika itu tidak mempunyai pengalaman apa lagi pendidikan dalam bidang pengarahan filem. Lebih berani lagi, Ahmad Fauzee turut berlakon dalam filem itu.

“Filem itu saya buat hanya dengan berbekalkan minat dan keberanian,” akui Ahmad Fauzee.

Namun nasibnya agak baik kerana melalui filem itu Ahmad Fauzee dipilih sebagai pemenang bagi kategori Pendatang Baru Terbaik pada Festival Malaysia tahun itu.

“Selain pengarah, saya juga menjadi menulis skrip untuk filem itu. Cara untuk saya belajar menulis skrip adalah dengan melihat gaya penulisan Tan Sri P. Ramlee. Saya pergi ke Pustaka P. Ramlee dan tengok skrip Keluarga 69. Dari situlah saya belajar buat skrip dan syot,” kata Ahmad Fauzee terus terang ketika ditemui baru-baru ini.

Bagaimanapun, sebelum memulakan penggambaran, Ahmad Fauzee terlebih dahulu menunjukkan skripnya kepada beberapa kenalan artis.

“Saya mendapat sokongan daripada mereka. Sebab itu saya berani tampil sebagai pengarah dan pelakon filem itu,” akui Fauzee.

Walaupun filem itu menerima beberapa kritikan dari para pengkritik filem, namun Ahmad Fauzee masih juga terus menghasilkan filem keduanya, Panggilan Pulau pada tahun 1994.

Namun filem yang masih berbentuk muzikal itu hanya sempat ditayangkan selama dua hari di pawagam.

“Atas sebab peribadi saya tarik balik tayangan filem itu,” katanya.

Kedua-dua filem itu diterbitkan sendiri oleh Ahmad Fauzee.

Kini selepas 14 tahun menyepi, Ahmad Fauzee akan kembali ke dunia pengarahan melalui filem Jibam The Movie terbitan Jajja Production.

Kata Ahmad Fauzee, dia terbuka hati untuk mengarah filem tersebut setelah melihat pelbagai aspek.

“Sebelum memberi kata setuju saya tanya orang ramai kenapa mereka suka baca novel Jibam karya Ujang itu. Setelah mengambil kira komen mereka, barulah saya setuju mengambil tanggungjawab mengarah filem itu,” kata Ahmad Fauzee yang akan mula mengarahkan filem itu pada penghujung tahun ini.

Filem ini merupakan genre berbeza yang pernah diarah oleh Ahmad Fauzee. Justeru katanya, dia telah melakukan banyak penyelidikan bagi memastikan filem arahannya kali ini benar-benar berkesan.

“Dulu saya akui tidak ada apa-apa pengetahuan dalam bidang pengarahan. Sekarang ini setelah banyak mengarah drama, saya yakin filem ini nanti akan lebih baik daripada apa yang pernah saya hasilkan,” jelasnya yang mengarah filem demi untuk mendapat kepuasan dalam berkarya.

Dia yang pernah menetap di Brunei dan bekerja dengan stesen TV di negara itu berkata, antara orang terawal yang memberi kepercayaan kepadanya untuk mengarah drama ialah Allahyarham Hani Mohsein.

Antara drama arahannya ialah Bulan Bintang Capricorn, Husband U Wife I, Best Friend & Girl Friend, Adam, Hawa & Nafsu dan Semanis Buah Ceri.

Katanya, kebanyakan drama yang diarahkannya adalah hasil daripada skripnya sendiri yang digarap mengikut pengalamannya.

Suami kepada Ayu Abdullah, 26, dan ayah kepada Ahmad Zidane, 5, dan Ahmad Zicran, 3, itu berharap filem Jibam The Movie dapat membuka mata banyak pihak.

Ahmad Fauzee dilahirkan di Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur dan pernah menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

Menyentuh mengenai pembabitannya sebagai penyanyi, Ahmad Fauzee berkata semuanya bermula sejak di sekolah menengah.

Sewaktu di bangku sekolah, dia memang gemar menjayakan pelbagai aktiviti budaya dan sewaktu bekerja dengan Penerbangan Malaysia, Ahmad Fauzee juga aktif menyanyi.

Dia yang merupakan peminat P. Ramlee itu pernah menganggotai kumpulan Pancasitara 3 setelah ditawarkan oleh syarikat rakaman Warnada.

“Selepas menganggotai Pancasitara 3 dan merakam album, saya mengambil keputusan berhenti daripada Penerbangan Malaysia pada tahun 1985.

“Saya terpaksa berhenti kerja kerana ketika itu saya banyak menerima tawaran buat persembahan terutamanya daripada pihak RTM untuk program Mekar Sejambak,” imbaunya.

Diam tak diam, Ahmad Fauzee sudah pun menghasilkan 12 buah album. Dia pernah menghasilkan dua album duet bersama Azlina Aziz yang memuatkan lagu-lagu popular Allahyarham Aziz Jaafar dan Allahyarhamah Normadiah pada tahun 1986 dan 1987.

Menurut Ahmad Fauzee, dia suka menyanyikan lagu-lagu nostalgia kerana boleh mengimbau kenangan pendengar.

“Saya banyak koleksi lagu-lagu lama terutamanya dendangan P. Ramlee. Saya tidak menghadapi masalah menyanyikan lagu-lagu P. Ramlee kerana saya tahu lenggoknya,” katanya yang berhasrat untuk menerbitkan buku mengenai lagu-lagu dan filem lama.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.