saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 16/08/2007

Persona kembalikan gemilang


Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah mencuba salah sebuah model Persona selepas melancarkannya di Shah Alam, semalam. Turut hadir Pengerusi Proton, Datuk Mohammed Azlan Hashim (kiri).


KUALA LUMPUR 15 Ogos – Proton hari ini melancarkan model sedan terbarunya, Persona, yang dijangka mampu mengembalikan kegemilangan syarikat itu sebagai pengeluar kereta utama dalam pasaran tempatan.

Pelancaran Persona disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah turut berangkat pada majlis pelancaran tersebut.

Pengerusi Proton Holdings Bhd., Datuk Mohammed Azlan Hashim berkata, Proton yakin langkah memperkenalkan Persona adalah tepat pada masanya.

Beliau juga yakin strategi memperkenalkan harga yang menarik bagi model tersebut mampu meningkatkan jualan keluaran terbaru Proton itu.

Menurutnya, Persona bakal menggantikan model Proton Wira yang kini telah berusia 14 tahun.

Katanya, Proton juga telah mengambil pendekatan yang bersungguh-sungguh untuk memastikan Persona melangkaui jangkaan pembelinya, bukan sahaja daripada segi nilai tetapi juga dalam konteks kualiti dan perkhidmatan selepas jualan.

Mohammed Azlan memberitahu, kereta terbaru Persona itu adalah pembaharuan yang diperkenalkan oleh pengurusan baru Proton bagi membangunkan lagi syarikat kereta tempatan.

“Kami berharap Persona mampu meletakkan semula Proton pada kedudukan utama dalam industri automotif di Malaysia,’’ katanya ketika berucap pada pelancaran Proton Persona di Kompleks Pusat Kecemerlangan Proton, di sini.

Hadir sama Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Syed Mohamed Tahir.

Penjualan kereta-kereta keluaran Proton mengalami penurunan drastik sejak dua tahun lalu dipercayai kerana tidak menampilkan model terbaru.

Mohammed Azlan yakin model terbaru Proton itu mampu mencatatkan jualan antara 30,000 hingga 40,000 unit dalam tempoh 12 bulan.

Setakat ini, Persona telah menerima tempahan sebanyak 2,300 unit melalui promosi awal yang dibuat sejak 22 Julai lalu walaupun tanpa melihat rupa sebenar model itu.

“Sambutan ini memang menggembirakan kami kerana pembuatan Persona menepati falsafah baru kami untuk menghasilkan kereta yang memenuhi keperluan pasaran selain harganya yang berpatutan,’’ tambah beliau.

Persona yang menggunakan enjin 1.6 liter menawarkan tujuh pilihan warna iaitu putih (solid white), merah (solid red), hitam (tranquility black), perak (iridescent white), kelabu (metal grey), emas (light gold) dan ungu (blueberry tea).

Harga yang ditawarkan adalah antara RM44,999 dan RM55,800 sebuah.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.