saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 18/08/2007

Samy Vellu selar HINDRAF

PUTRAJAYA 17 Ogos – Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu (gambar) hari ini menyelar keras sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Hindu Rights Action Force (HINDRAF), yang mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak banyak berusaha untuk menyelesaikan masalah kaum India Malaysia sejak 50 tahun lepas.

“Saya perlu tegaskan, jika ada apa-apa yang menjejaskan masyarakat India, MIClah yang akan muncul memperjuangkannya sekalipun kami rakan dalam Barisan Nasional. Saya tidak pernah duduk diam dan saya tidak buang masa,” kata Samy Vellu, juga Menteri Kerja Raya, kepada Bernama hari ini.

Tokoh utama MIC itu diminta mengulas memorandum 18-perkara oleh HINDRAF, yang diserahkan di pejabat Perdana Menteri Ahad lepas oleh pengerusi pertubuhan itu P. Waytha Moorthy, setiausaha V.K Regu dan penasihat undang-undang P. Uthayakumar.

Selain menyatakan masyarakat India dipinggirkan oleh kerajaan BN, dalam memorandum itu, HINDRAF juga mahu agar dihapuskan hak istimewa orang Melayu.

Memorandum itu juga menegur UMNO dan meminta parti politik terbesar itu ‘berhenti bermain politik’ menerusi sistem ‘mandor’ dengan kononnya menghulur bantuan kepada masyarakat India secara ‘berdikit-dikit’.

Semalam, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, ketika diminta mengulas mengenai memorandum itu pada sidang akhbar di sini bertanya dengan kehairanan, “Masya-Allah, macam mana mereka boleh kata begitu?”.

Presiden UMNO itu menegaskan, jika ada orang berkata kerajaan BN yang memerintah tidak membantu masyarakat India, itu adalah melampau dan jika betul BN gagal membantu masyarakat itu, tentu sudah lama berlaku pergeseran antara kaum itu dengan kaum lain.

– Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.