saya nak baca ..

KESIHATAN


ARKIB : 19/08/2007

Ekspresi minda pesakit mental

VAN Gogh – nama yang cukup sinonim dengan hasil lukisan mencecah nilai jutaan ringgit. Dia sendiri pastinya tidak menyangka kerana ketika hayatnya masih ada, ia cuma dijual pada harga 30 pense (AS$9.5).

Tetapi, apa yang mungkin tercicir daripada pengetahuan sebahagian anda, pelukis termasyhur itu sebenarnya merupakan salah seorang pesakit gangguan mental.

Bermula sebagai seorang guru dan mubaligh, Van Gogh menghasilkan lebih 2,000 hasil karya termasuklah 900 lukisan cat dan 1,100 lukisan serta lakaran dalam tempoh 10 tahun kehidupan terakhirnya.

Malah, antara karya agungnya yang paling popular dikatakan terhasil dalam tempoh dua tahun menjelang tragedi yang meragut nyawanya pada tanggal 29 Julai 1890. Gangguan yang dialaminya pada masa itu semakin kritikal.

Dan berbekalkan semangat kreativiti pesakit mental kronik yang seorang ini, sebuah pameran seni unik dengan tema Minda Kehidupan dianjurkan oleh Jabatan Perubatan Psikologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dengan kerjasama Janssen Cilag iaitu cabang Johnson & Johnson menerusi program filantropi Circle of Care.

Dilancarkan oleh Timbalan Pengarah Hospital PPUM, Prof. Dr. Patrick Tan Seow Koon, pameran tersebut diadakan sempena Hari Kesedaran Skizofrenia (SAD) yang mula diperkenalkan oleh jabatan berkenaan mulai tahun lepas dan akan disambut pada 8 Ogos setiap tahun.

Pada majlis tersebut juga, Pengarah Pemasaran Janssen Cilag, May Ooi turut menyerahkan cek bernilai RM112,802 kepada Presiden Pertubuhan Psikiatri Malaysia, Prof. Dr. Mohamad Hussain Habil bagi menjalankan Program Kesedaran Kesihatan Mental Circle of Care.

Lebih 40 hasil kerja seni dipamerkan merangkumi lukisan, seni arca, seni tangan dan buku yang ditulis pesakit kesihatan mental dari Malaysia dan Hong Kong.

Pameran seni ini menjadi penanda aras utama dalam program kesedaran kesihatan mental bagi menunjukkan hasil dan kepentingan terapi seni dalam rawatan dan pemulihan pesakit mental.

Di Malaysia, sekurang-kurangnya satu daripada sembilan orang menghidapi sakit mental – dari kemurungan, gangguan dwipolar hingga skizofrenia. Umumnya, satu tanggapan yang salah mengatakan bahawa pesakit mental ini agresif dan ganas dan ini adalah satu stigma yang kekal sehingga kini.

Justeru, perlu sekali mendidik orang ramai mengenai perkembangan rawatannya bagi membolehkan pesakit diterima semula dalam masyarakat. Satu daripada cara utama dalam rawatan dan diagnosis pesakit mental ini adalah penggunaan ekpresi artistik atau terapi seni.

“Apabila kata-kata menjadi sesuatu yang menyakitkan untuk menggambarkan keadaan minda dan perasaan mereka sementara orang umum pula enggan mendengar dengan minda terbuka, lukisan mampu mengungkapkan ribuan perkataan.

‘‘Ekspresi artistik adalah kata-kata simbolik yang membolehkan doktor mengenali penyakit pesakit dengan rawatan tepat terutamanya kanak-kanak yang sering menghadapi masalah untuk bercakap mengenai sesuatu peristiwa ataupun perasaan yang menyakitkan mereka,’’ kata Prof. Mohamad Hussain merangkap Ketua Jabatan Perubatan Psikologi, PPUM.

Menurutnya, gangguan psikotik adalah satu istilah luas bagi orang yang menderita gejala kemurungan paling ringan sehinggalah kepada sakit mental paling serius.

Menerusi penggunaan ekspresi artistik dan prosedur dignostik lain, doktor dapat merawat pesakit dengan tepat.

Menerusi tindakan menghasilkan rekaan mereka itu, ia boleh menyembuhkan pesakit, membantu mereka menetapkan minda yang tidak menentu, membolehkan mereka memberikan tumpuan terhadap hasil ciptaan mereka dan secara perlahan-lahan membantu mengawal pemikiran yang berkecamuk selain meluahkan perasaan dan menzahirkan diri mereka.

Dengan cara ini, ia mampu mengurangkan tekanan, perasaan takut serta bimbang dan membuatkan pesakit rasa bebas. Proses kreatif ini mampu meningkatkan harga diri, menetapkan proses pemikiran, menjana pemikiran positif dan membolehkan pesakit meneroka masalah sendiri.

‘‘Tidak hairanlah, jika peluang yang sama diberikan kepada para pesakit kita untuk mereka berkarya melalui lukisan. Usaha ini diharap mampu menjelmakan semula semangat kreativiti Van Gogh di kalangan pesakit kita yang mungkin berbakat dari segi lukisan,’’ jelas Prof. Mohamad Hussain.

Orang ramai dijemput menyaksikan Pameran Seni Psikiatri ASEAN 2007 di ruang legar, Menara Utama, PPUM dan mereka boleh membeli hasil seni yang dipamerkan. Kutipan daripada jualan ini akan disalurkan terus kepada pesakit yang mencipta hasil seni berkenaan.

Pertanyaan mengenai rawatan mental menerusi terapi seni dan jualan bahan pameran ini boleh diajukan kepada Pakar Perunding Psikiatri, Jabatan Perubatan Psikologi, PPUM Prof. Dr. Stephen Jambunathan di talian 03-79492068.

– SHAFINAZ

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.