saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 20/08/2007

Pertabalan Yang di-Pertuan Agong di National Geographic

DOKUMENTARI pertama terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dengan kerjasama National Geographic Channel (NGC) yang berjudul Becoming A King akan ditayangkan menerusi saluran TV itu pada 27 Ogos ini pukul 10 malam.

Ketua Pengarah Finas, Mohd. Mahyidin Mustakim berkata, dokumentari yang diterbitkan pada tahun lalu dan menelan kos RM700,000 itu memaparkan tentang proses istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-13, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang diadakan baru-baru ini.

“Projek penerbitan dokumentari ini dilancarkan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Datuk Seri Dr. Rais Yatim bersama pihak NGC pada akhir tahun lalu.

“Topik tentang pertabalan Yang di-Pertuan Agong merupakan topik yang relevan di negara kita apatah lagi pada tahun ini kita menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-50,” katanya pada sidang akhbar penyampaian hadiah kepada 24 pemenang Festival Filem Malaysia ke-20 (FFM20) di Finas, Hulu Klang, Selangor baru-baru ini.

Dokumentari dengan durasi masa 47 minit itu bukan sahaja menampilkan kualiti penerbitan yang bermutu tinggi tetapi ia juga dapat digunakan bagi mempromosikan nama negara ini di mata dunia.

Ini kerana, NGC mempunyai penonton di kalangan 250 juta isi rumah di seluruh dunia. Justeru program siaran stesen televisyen tersebut mempunyai potensi jumlah penonton yang ramai.

“Kami anggarkan hampir 1 bilion penonton di seluruh dunia menonton program-program NGC termasuklah dokumentari yang kami terbitkan bersama itu,” ujar Mohd. Mahyidin.

Selain Becoming A King, Finas turut menerbitkan enam lagi dokumentari yang diterbitkan hasil kerjasama dengan NGC dan juga saluran TV Discovery Channel.

Dua daripada dokumentari itu diterbitkan usahasama dengan NGC, manakala empat lagi dokumentari bersama Discovery Channel.

Usahasama dengan dua saluran TV itu katanya akan memberi manfaat kepada para pembikin filem dokumentari tempatan.

Menerusi penerbitan itu, baik NGC mahupun Discovery Channel akan membantu Finas dalam pemindahan teknologi dan kepakaran mereka kepada produksi tempatan.

Mukhsin Filem Terbaik Asean

Mengulas tentang kemenangan filem Mukhsin yang menggondol anugerah Filem Terbaik Asean pada Festival Filem Antarabangsa Cinemanila ke-9 di Quezon City, Filipina pada 15 Ogos lepas, Mohd. Mahyidin menyifatkan filem itu mungkin memenuhi kriteria para juri yang cenderung kepada kriteria-kriteria tertentu.

“Festival filem di luar negara menggariskan ciri-ciri tertentu bagi mengangkat sesebuah filem di mana ia tidak sama dengan festival filem tempatan.

“Finas sendiri sengaja memilih filem seperti Mukhsin untuk dibawa ke festival itu kerana kami dapat jangkakan filem mana yang ada peluang untuk menggondol anugerah pada festival seperti itu,” katanya.

Turut diadakan pada majlis itu ialah Kempen Kibar Jalur Gemilang Bersama Warga Filem 2007 yang disempurnakan oleh Pengerusi Finas, Tan Sri Jins Shamsudin dan para pemimpin persatuan perfileman dan artis tempatan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.