saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 21/08/2007

Syarat bahasa Mandarin wujudkan perpecahan

KUALA LUMPUR 20 Ogos – Tindakan majikan sektor swasta menjadikan keupayaan menguasai bahasa Mandarin sebagai syarat pengambilan pekerja boleh mewujudkan perpecahan kaum.

Profesor Jabatan Politik dan Dasar Awam Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, tindakan itu tidak sepatutnya berlaku di negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum.

“Perkara ini hanyalah mainan politik pihak tertentu untuk kepentingan sendiri. Sepatutnya mereka memikirkan keadilan kepada semua kaum dan bukannya satu kaum sahaja,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam yang mahu semua syarikat swasta di seluruh negara tidak menjadikan bahasa Mandarin sebagai syarat pengambilan pekerja.

Sementara itu, tokoh pendidik, Tan Sri Ainuddin Wahid berkata, syarat seumpama itu boleh memberi kesan negatif terhadap perpaduan kaum di negara ini.

“Ia tidak boleh dilaksanakan kerana akan menyebabkan perpaduan rakyat negara ini musnah.

“Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, kita perlu memikirkan kebaikan semua kaum bukan kaum tertentu sahaja,” ujarnya.

Dalam pada itu, tokoh pendidik, Tan Sri Murad Mohd. Nor berkata, perpaduan kaum dalam bidang pekerjaan merupakan faktor penting dalam menentukan pembangunan sektor industri.

Katanya, tindakan meletakkan syarat bahasa Mandarin tidak relevan dalam pengambilan pekerja kerana aspek kepakaran merupakan faktor penting dalam menilai kebolehan pekerja.

“Aspek bahasa bukannya satu perkara yang relevan dalam menilai kebolehan pekerja kerana kepakaran mereka (pekerja) yang patut dinilai. Kepakaran yang dimiliki akan meningkatkan produktiviti,” ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.