saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 26/08/2007

Restu keluarga membahagiakan Azizah


BAK pinang dibelah dua... sama cantik sama padan.


SUDAH seminggu personaliti TV3, Azizah Ariffin dan suaminya, Mohd. Khafairil Mohd. Khalil melayari kehidupan berumah tangga sejak diijab- kabulkan 18 Ogos lalu. Tentunya hanya kegembiraan dan kebahagiaan yang bertahta di hati kerana impian murni sudah menjadi kenyataan.

Biar ada nada-nada sumbang mengenai perbezaan usia – Azizah, 38, dan Khafairil, 28, – namun ia bukanlah satu isu besar bagi pasangan mempelai itu.

Mereka tidak pernah tergugat apalagi terasa hati dengan kata-kata tersebut malah menganggap pertemuan mereka sebagai satu jodoh dan ketentuan dari-Nya.

Lebih utama, hubungan mereka juga direstui ibu bapa kedua-dua belah pihak kerana baik Azizah mahupun Khafairil yang mesra dipanggil Fairil, doa restu ibu bapa dan keluarga amat penting untuk rumah tangga yang mereka bina atas dasar cinta itu.

“Alhamdulillah kedua keluarga amat bersikap terbuka dan boleh menerima bukan sahaja kerana perbezaan umur tetapi juga orang seperti saya yang berstatus ibu tunggal,” ungkap Azizah.

Fairil sendiri mengakui hubungannya tidak mendapat bantahan orang tua walau perbezaan umur yang ketara.

“Saya rapat dengan mak dan memberitahunya. Dia suruh saya memberitahu ayah dan ayah pula rupa-rupanya sudah mengetahui saya berkawan dengan Azizah dan meminta saya membawanya berjumpa keluarga. Mereka tidak kisah siapapun pilihan saya asalkan saya gembira dan bahagia,” kata Fairil yang bertugas sebagai pegawai pemasaran di Media Prima Berhad.

Bertemu tahun lalu pada bulan mulia, bulan Ramadan, mereka kemudian semakin intim dan tidak sampai setahun sudah bergelar suami isteri.

“Saya melihat kejujuran dan ketelusan hati Fairil terhadap saya. Dia bukan sahaja romantik dan budiman tetapi lebih penting seorang lelaki yang penyayang, menghormati dan boleh melindungi,” kata Azizah yang turut gembira dan bangga kerana Fairil juga menerima kehadiran anak-anaknya daripada perkahwinan terdahulu, Danial Afiq, 12, Haikal Afiq, 9, dan Ashriel Afiq, 6.

Malah kesanggupan untuk bertanggungjawab bukan sahaja kepada dirinya yang telah tiga tahun menjadi ibu tunggal tetapi juga kepada anak-anak kesayangannya membuatkan hati Azizah bertambah kagum dengan Fairil.

“Mungkin jarak usia kami jauh tetapi walaupun usianya masih muda, Fairil seorang yang matang dari segi pemikiran dan membuat keputusan,” ujar Azizah yang kini bertugas sebagai penerbit dan pengacara Wanita Hari Ini.

Namun bekas pengacara Nona itu mengakui pada awalnya dia tetap terusik dengan kata-kata orang mengenai jurang usia mereka.

“Tetapi Fairil berjaya meyakinkan saya,” tegas Azizah yang bakal berbulan madu ke Bali, Indonesia pada awal September nanti.

Semalam (25 Ogos), Azizah dan Fairil mengadakan majlis kenduri di sebelah pihak lelaki di Shah Alam.

Pada majlis pernikahannya Sabtu lalu, Azizah bukan sahaja menerima mas kahwin sebanyak RM555 tetapi juga sekeping cek bernilai RM18,807 bersempena tarikh istimewa pernikahan mereka.

Pernah gagal dalam perkahwinan, ia tidaklah membuatkan Azizah serik untuk berkahwin lain malah cuba berusaha untuk tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan yang pernah dilakukan dahulu.

Bagi Azizah, sebuah perkahwinan juga bukanlah tentang cinta semata-mata sebaliknya persefahaman dan kata sepakat.

“Untuk kenal diri masing-masing bukan dalam satu malam tetapi ia satu proses berterusan sebaik dua hati disatukan dan berkongsi alam rumah tangga.

“Itu yang kami harungi dan setiap hari pasti ada sahaja benda baru yang kami pelajari. Namun bagi saya untuk menjamin keharmonian dan kerukunan rumah tangga, komunikasi terbuka adalah kuncinya.

“Kedua-dua belah pihak harus bersikap terbuka. Jadikan suami atau isteri sebagai teman karib yang boleh berkongsi rasa dan masalah.

“Dan lagi satu, tak boleh cemburu buta. Bukan tidak boleh cemburu, perasaan itu harus ada tetapi biarlah berpada-pada. Apalagi orang seperti saya dan Fairil yang sering berhubungan dengan orang ramai.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.