saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 27/08/2007

Kuala Lumpur boleh bergelap bila-bila masa

PULAU PINANG 26 Ogos – Bandar raya Kuala Lumpur boleh terputus bekalan elektrik pada bila-bila masa berikutan keupayaan sistem transmisi sedia ada milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) sudah berada pada paras maksimum.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik berkata, risiko tersebut wujud ekoran projek menaik taraf sistem transmisi bagi mengukuhkan bekalan kawasan tengah masih tertangguh.

Menurutnya, projek dikenali sebagai ‘Central Area Reinforcement’ atau CAR terpaksa dihentikan sejak 2004 kerana masalah pengambilan tanah oleh kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri Selangor di beberapa kawasan terbabit.

Katanya, jumlah voltan yang digunakan sekarang ialah 125 kilovolt (kV) dan syarikat utiliti itu perlu meningkatkan keupayaan voltan kepada 275kV untuk membolehkan talian transmisi menampung sebarang bekalan tambahan bagi Lembah Klang.

“Saya bersetuju dengan pelan jajaran kabel voltan tinggi itu dilakukan tetapi kita perlukan kawasan dari kerajaan negeri.

“Jika tidak, kita terpaksa gunakan jajaran asal dan jika Kuala Lumpur putus bekalan, orang akan cari saya,’’ katanya.

Beliau yang juga Penasihat Parti Gerakan bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persidangan Perwakilan Gerakan Pulau Pinang di sini hari ini.

Menteri itu mengulas projek CAR yang tertangguh di beberapa kawasan termasuk di Kampung Sungai Terentang, Rawang kerana laluan kabel itu tidak dipersetujui penduduk setempat.

Bulan lalu, TNB dalam satu kenyataan berkata, kesemua empat laluan alternatif yang dicadangkan oleh persatuan-persatuan penduduk itu telah dikaji dan didapati tidak sesuai dari segi teknikal.

Ini kerana kawasan itu melalui kawasan-kawasan kediaman dan komersial lain selain melintasi Lebuh raya Assam Jawa-Rimba Templer yang bakal dibina.

Jika talian itu dialih seperti yang dicadangkan, tempoh penyiapan projek CAR akan berlanjutan ke satu tarikh yang tidak dapat ditentukan dan sebarang keputusan untuk mengalihkannya perlu melibatkan penyelidikan cuaca dan tanah serta rundingan-rundingan dengan pemilik tanah lain pula.

TNB berkata, kerajaan negeri Selangor serta semua agensi kerajaan dan kementerian yang berkaitan telah mengulangi persetujuan terhadap cadangan laluan asal dan menolak permintaan agar laluan itu dialih.

Dalam rundingan akhir pada 11 hingga 13 Julai yang diaturkan oleh Pejabat Tanah Gombak, pembayaran pampasan sebanyak RM5.129 juta telah diputuskan dan setakat ini, sejumlah RM4.901 juta masih belum dituntut oleh penduduk Kampung Sungai Terentang.

Projek yang dijadualkan siap menjelang akhir bulan ini akan memenuhi keperluan bekalan di pusat-pusat bandar yang sibuk termasuk Shah Alam, Petaling Jaya, Selayang, Rawang dan Kuala Lumpur.

CAR yang melibatkan pembinaan menara dan talian transmisi sepanjang 60 kilometer bermula dari Bukit Tarek, Rawang dan berakhir di Kampung Chubadak di Sentul, Kuala Lumpur. Ia telah ditangguhkan selama 20 minggu berikutan beberapa kerumitan khususnya bantahan daripada penduduk-penduduk kampung yang terlibat.

Keng Yaik seterusnya memberitahu, beberapa pertemuan telah diadakan antara TNB, kerajaan negeri dan wakil penduduk, namun masih tiada kata sepakat dicapai.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.