saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 30/08/2007

Piala Merdeka hadiah ulang tahun negara ke-50


KAMI JUARA... Barisan pemain Malaysia gembira meraikan kejayaan muncul juara Pestabola Merdeka edisi ke-39 di Stadium Shah Alam, malam tadi. Malaysia yang kali terakhir muncul juara pada 1993, menewaskan Myanmar 3-1. Gambar ASWAD YAHYA.


SHAH ALAM 29 Ogos - Skuad bola sepak negara menebus aib pada Piala Asia lalu apabila memberi hadiah paling bermakna kepada sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-50 dengan menjuarai Pestabola Merdeka edisi ke-39 di Stadium Shah Alam, hari ini.

Kemenangan 3-1 ke atas juara bertahan, Myanmar pada perlawanan akhir itu turut mengakhiri kemarau kejayaan 14 tahun bola sepak Malaysia.

Kali terakhir Malaysia muncul juara Pestabola Merdeka ialah pada tahun 1993 ketika mengalahkan Korea Selatan B dengan angka yang sama 3-1.

Ini merupakan kejuaraan ketujuh berjaya diraih skuad negara dalam sejarah Pestabola Merdeka yang mula diperkenalkan pada 1957.

Sebelum ini, Malaysia pernah muncul juara pada tahun 1968, 1973, 1974, 1976, 1986 dan 1993.

Bagaimanapun ini tidak termasuk muncul juara dua kali atas nama Malaya pada 1958 dan 1959 serta dua kali muncul juara bersama Korea Selatan pada 1960 (Malaya) dan 1979 (Malaysia).

Gol-gol Malaysia malam tadi dijaringkan Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak, Safee Sali sambil dibantu gol sendiri Aung Myo Thant manakala gol tunggal Myanmar dijaringkan Tun Tun Win.

Turun beraksi tanpa ketua pasukan, Shukor Adan yang mengalami kecederaan, Malaysia yang mendapat sokongan 45,000 penyokong sendiri lebih dulu membuka jaringan menerusi Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak pada minit ke-12.

Kedua-dua pasukan saling mengasak selepas itu dengan permainan berlangsung agak seimbang tetapi tiada jaringan dihasilkan sehingga berakhir babak pertama.

Bagaimanapun babak kedua berlangsung agak tegang dengan terjahan-terjahan keras tetapi gol sendiri Aung Myo Thant pada minit ke-56 mengukuhkan lagi kedudukan skuad negara.

Safee Sali kemudiannya membuatkan stadium terus bergegar apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-60.

Ketinggalan 0-3 tidak mematahkan semangat Myanmar untuk terus mengasak dan usaha keras mereka berbalas apabila memperoleh gol sagu hati menerusi Tun Tun Win pada minit ke-73.

Dengan kemenangan itu, Malaysia meraih AS$10,000 (RM35,000) selaku juara manakala Myanmar membawa pulang AS$5,000 (RM17,516) selaku naib juara.

Hadiah disampaikan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah.

Turut hadir menyaksikan perlawanan akhir itu ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.