saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 02/09/2007

Pelatih PLKN Kem Cheneh meninggal dunia

KUANTAN 2 Sept — Seorang pelatih Kem Latihan Khidmat Negara (PLKN) Cheneh Cemerlang, Kemaman meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini malam tadi.

Mohd Rafi Ameer, 18, menurut kakak sulungnya, meninggal dunia pada pukul 10.30 malam tadi setelah mengadu demam sejak seminggu lalu.

Zubaidah, 25, yang ditemui di hospital itu berkata, adiknya menghubungi beliau di kampung mereka di Bukit Rotan, Kuala Selangor, Sabtu lepas mengadu yang dia demam dan kakinya bengkak sudah hampir seminggu sebab terjatuh semasa latihan.

Beliau mendakwa telah menghubungi pihak pengurusan kem itu bertanyakan mengenai adiknya tetapi telah dimarahi kerana alasannya pihak pengurusan boleh menjaga Mohd Rafi.

Zubaidah berkata, beliau menelefon semula kem itu malam tadi dan mendapat tahu adiknya telah dihantar ke Hospital Kemaman dan mengambil keputusan untuk ke sana pada pukul 8.30 malam.

Bagaimanapun ketika beliau menghubungi pihak hospital ketika dalam perjalanan, Zubaidah diberitahu yang Mohd Rafi telah meninggal dunia dalam perjalanan ke HTAA.

Katanya, Mohd Rafi adalah anak keempat daripada enam beradik dan mereka merupakan anak yatim piatu, tinggal bersama bapa saudara mereka di Kuala Selangor.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Abdul Hadi Awang Kechil ketika ditemui pemberita berkata, Mohd Rafi dimasukkan ke Hospital Kemaman semalam sebelum dirujuk ke HTAA.

“Sebab kematian perlu rujuk kepada pihak hospital dan kami sedang menunggu keputusan daripada bedah siasat yang dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, satu jawatankuasa yang akan diketuai Timbalan Ketua Pengarah Sektor Operasi Latihan, Jamaluddin Masrin akan ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan termasuk aduan keluarga Mohd Rafi selain menyiasat latar belakang pelatih berkenaan sama ada telah melapor sebarang kesakitan semasa latihan di kem berkenaan.

Mohd Rafi merupakan seorang daripada 137 pelatih PLKN Kem Cheneh Cemerlang Kumpulan 3 Siri 4 2007 yang dijangka tamat latihan pada 8 Sept ini. -Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:15
Asar 4:38
Maghrib 7:11
Isyak 8:26



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.