saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 04/09/2007

Impak Maksima lebih hebat daripada Initial D?

IMPAK Maksima merupakan filem terbaru tentang dunia pemotoran arahan Ahmad Idham selepas kejayaan Remp-It yang membuat kutipan tiket lebih RM4 juta dua tahun lalu.

Filem edaran Metrowealth Movies Production itu memaparkan banyak aksi-aksi cemas yang berkisar tentang perlumbaan kereta haram.

Impak Maksima merupakan filem tempatan pertama memaparkan lumba kereta haram selepas kita disajikan dengan banyak filem dari luar negara yang sama genre dengannya.

Filem dari Hong Kong, Initial D misalnya merupakan salah satu filem tentang lumba kereta yang berjaya menarik perhatian para penonton.

Bagaimanapun menurut Ahmad Idham, Impak Maksima lebih bagus berbanding Initial D. Mengapa beliau berkata demikian?

Ikuti temu bual wartawan ABD. AZIZ ITAR dengan Ahmad Idham sempena pelancaran album runut bunyi filem itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

MEGA: Mengapa anda kata Impak Maksima lebih hebat daripada Initial D?

AHMAD IDHAM: Saya kata begitu kerana perlumbaan kereta dalam Initial D hanya diadakan di sekitar kaki gunung sahaja. Sedangkan dalam Impak Maksima adegan-adegan ini diadakan di merata-rata tempat termasuk di jalan-jalan raya. Adegan-adegan yang saya paparkan bukan setakat di kawasan-kawasan selekoh seperti Initial D tetapi juga kejar mengejar di jalan raya yang boleh menimbulkan lebih banyak risiko.

Impak Maksima mengisahkan tentang apa?

Filem ini mengisahkan tentang konflik yang berlaku antara adik dan abangnya, seorang pelumba yang ‘sudah pencen.’ Melalui filem ini, kami banyak memaparkan adegan drift dan seni kejar mengejar di kalangan pelumba kereta. Walaupun Impak Maksima sebuah filem ringan tetapi kami banyak menonjolkan skil pemanduan kereta yang jarang dapat dilihat oleh para penonton. Sebulan sebelum tayangan Impak Maksima kami telah menayangkan trailer filem ini di pawagam dan ramai yang tidak percaya ia adalah sebuah filem Melayu. Kalangan penonton bukan Melayu juga ramai yang memujinya.

Daripada mana tercetusnya idea pembikinan filem yang berkonsep seperti ini?

Idea penerbitan filem ini tercetus selepas filem arahan saya yang berjudul Remp-It mendapat sambutan para penonton. Bezanya Remp-It berkisar tentang pelumba motosikal haram. Selepas kejayaan filem itu, ramai yang mencadangkan saya mengarahkan filem tentang perlumbaan kereta pula. Biasalah kan, mat rempit tidak selama-lamanya menunggang motosikal, apabila sudah lama ataupun meningkat usia ramai yang beralih menggunakan kereta pula.

Selain Impak Maksima, tidak lama lagi akan muncul sebuah lagi filem Melayu berjudul Evolusi KL Drift yang juga berkisar tentang perlumbaan kereta. Bagaimana anda melihat perkembangan ini?

Lagi ramai pengarah yang mahu menghasilkan filem tentang sukan pemotoran lebih bagus. Bagi saya, ini bukan suatu cabaran atau gangguan tetapi ia satu langkah yang positif dalam dunia perfileman kita. Fenomena perkembangan dunia pemotoran merupakan suatu trend yang diikuti oleh ramai peminat dari semasa ke semasa. Sebab itu, saya yakin filem seperti ini mempunyai ramai pengikutnya tersendiri.

Mungkinkah Impak Maksima mengikut jejak langkah filem arahan anda, Jangan Pandang Belakang yang membuat kutipan tiket lebih RM7 juta?

Itu saya tidak berani hendak ramalkan kerana kekuatan sesebuah filem bukan terletak 100 peratus di tangan saya seorang. Saya perlukan jalan cerita yang menarik, sokongan para pelakon, pemasaran dan sebagainya. Selebihnya terpulanglah atas penilaian para penonton. Saya hanya mampu berserah sahaja selepas melakukan sedaya upaya saya untuk kejayaan filem ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.