saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 04/09/2007

Seoul arah bekas tebusan Taliban bayar balik kos

SEOUL 3 Sept. – Kerajaan Korea Selatan telah mengarahkan 19 bekas tahanan Taliban membayar sebahagian daripada kos menyelamatkan mereka tatkala kritikan semakin meningkat terhadap lawatan pekerja bantuan Kristian itu ke Afghanistan.

Presiden Korea Selatan, Roh Moo-hyun telah mengarahkan Kabinetnya menggunakan hak melindungi kerajaan daripada sebarang kerugian atas sebab-sebab perundangan, kata jurucakapnya, Cheon Ho-seon.

Menurutnya, kerajaan akan mendapatkan balik perbelanjaan termasuk tiket penerbangan bekas tahanan dan kos penghantaran balik dua mayat tahanan yang dibunuh oleh Taliban.

Yu Kyeong-sik yang menjadi jurucakap kumpulan bekas tahanan telah meminta maaf berulang kali semasa tiba di Seoul, semalam.

Kumpulan pekerja bantuan gereja terbabit tidak mengendahkan amaran kerajaan ketika melakukan lawatan tersebut.

Sebelum berlepas, mereka dilaporkan sempat merakam gambar berlatarkan notis amaran kerajaan yang melarang sebarang perjalanan ke Asia Selatan.

“Dengan mengabaikan amaran kerajaan dan secara tergesa-gesa melakukan misi di negara yang tidak stabil, penahanan mereka telah menjadi beban kepada negara,” ulas akhbar harian Joong Ang Ilbo.

– AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.