saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 04/09/2007

Kedudukan Bernas sebagai pengimport tunggal beras dikaji

KUALA LUMPUR 3 Sept. – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang mengkaji kemungkinan mengekalkan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) sebagai pengimport tunggal beras negara.

Timbalan Menterinya, Datuk Mah Siew Keong berkata, kementerian itu sedang mengumpul maklum balas daripada pemborong dan pengilang sebelum membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu.

Beliau berkata, berdasarkan perjanjian pada 12 Januari 1996, Bernas diberi hak mengimport beras sehingga 11 Januari 2011.

‘‘Oleh itu kerajaan sedang menilai peranan serta sumbangan Bernas kepada industri padi dan beras negara ketika ini sebagai asas untuk membuat keputusan sama ada Bernas kekal sebagai pengimport beras tunggal atau kerajaan memberi peluang kepada pengimport beras yang lain,” katanya.

Siew Keong berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail (BN-Arau) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut beliau, kini terdapat sebanyak 37 kilang padi di Malaysia dan Bernas mengambil pelbagai langkah untuk membantu pengilang bumiputera menerusi Program Rakan Kilang Bernas.

Beliau berkata, melalui program tersebut Bernas telah mendirikan sebanyak 10 kilang pada 2005 manakala tiga lagi kilang baru akan dibangunkan pada tahun ini.

‘‘Ini adalah antara usaha komprehensif Bernas untuk membantu pengilang padi Bumiputera merangkumi pembiayaan modal kerja dan kegiatan pemasaran,” ujarnya.

Menjawab soalan tambahan Datuk Mohd. Said Yusof (BN-Jasin), Siew Keong berkata, peranan Bernas adalah penting dari segi sosial dan strategik.

‘‘Bernas berperanan memastikan harga beras yang berpatutan dan juga menyimpan stok yang mencukupi.

‘‘Mereka juga adalah pembeli terakhir daripada petani pada harga minimum yang terjamin.

‘‘Bernas juga menyatakan persetujuan bahawa sebarang cadangan kenaikan harga beras pada masa depan akan dirujuk terlebih dahulu kepada kementerian sebelum sebarang keputusan dibuat,” kata Siew Keong.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.