saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 08/09/2007

Malaysia, Singapura juara Bintang Klasik Nusantara


Anis Salwa Alaluddin dari Malaysia dan Mohammad Elfee dari Singapura menjadi juara Pertandingan Akhir Bintang Klasik Nusantara 2007 di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur, semalam. – Gambar Faizal Abu Hassan.


KUALA LUMPUR 7 Sept. – Peserta Malaysia, Anis Salwa Alaluddin dan Mohammad Elfee dari Singapura menjuarai Bintang Klasik Nusantara 2007 (BKN 2007) bagi kategori masing-masing dalam pertandingan yang julung kali diadakan di sini malam ini.

Lagu Burung Pungguk dan Sumbangsih yang dibawakan dengan begitu meyakinkan membolehkan masing-masing membawa pulang wang tunai RM20,000 beserta trofi pada pertandingan anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu.

Anis Salwa merupakan johan pertandingan Bintang Klasik Nasional 2007 kategori wanita yang diadakan pada 3 Ogos lalu.

Seorang lagi peserta Malaysia, Mohammad Muhaizam Ahmad yang membawakan lagu popular biduan Datuk Ahmad Jais, Gelisah, menjadi naib juara kategori lelaki dan meraih sebuah trofi beserta wang tunai RM10,000.

Tempat kedua kategori wanita dimenangi oleh Meilody Indreswari dari Indonesia. Meilody yang mendendangkan lagu Bunga Tanjung membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai RM10,000.

Peserta lelaki Indonesia, Erdinal dan peserta wanita Singapura, Hariani Hassan Bakri menduduki tempat ketiga dan memenangi wang tunai RM5,000 serta sebuah trofi.

Kedua-dua peserta lelaki dan wanita dari Brunei, Raapulrizal Abdul Karim dan Dewi Hairani Thani pula menerima hadiah saguhati berupa wang tunai RM2,000 dan trofi.

Pertandingan itu diadili 100 peratus oleh juri profesional terdiri daripada Datuk Ahmad Nawab (Malaysia), Andy Achamad Sampurna Jaya (Indonesia), Hans Anwar (Brunei), Kassim Masdor (Singapura) dan Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin dalam acara yang penuh meriah dan gemilang itu.

BKN 2007 menggabungkan lapan juara pertandingan nyanyian lagu klasik dan malar segar dari empat negara serumpun iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Pertandingan yang dihoskan oleh penyanyi Nurul dan pelakon, Haliza Misbun itu turut diserikan dengan nyanyian oleh penyanyi baru dan lama seperti Datuk M. Daud Kilau, Datuk Yusni Hamid, Datuk D.J. Dave, Salem, Jamal Abdillah, Zahid, Bob, Dayang Nurfaizah serta tiga penyanyi dari Singapura, Brunei dan Indonesia iaitu Taufik Batisah, Pengiran Mohd. Yusri dan Mayasari.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.