saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 10/09/2007

Semua mesti jawab -- Najib minta kementerian perjelas laporan Ketua Audit Negara

SUBANG 9 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta kementerian yang berkaitan menjawab semua soalan berkaitan salah urus dana awam seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2006.

Timbalan Perdana Menteri berkata, penjelasan itu perlu bagi membolehkan orang ramai mengetahui sebab-sebab perkara itu berlaku terutama berhubung pembelian sesuatu barangan.

“Mereka boleh menjawab dan bagi saya kementerian-kementerian berkaitan perlu memberi jawapan terhadap persoalan yang ditimbulkan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Kejohanan Golf Jemputan Business Times 2007 di sini hari ini.

Najib mengulas laporan Ketua Audit Negara mengenai aktiviti kementerian dan jabatan Kerajaan Persekutuan 2006 yang mendedahkan mengenai pembelian barangan dan peralatan yang harganya berlipat kali ganda daripada harga pasaran.

Laporan itu antara lain memberikan contoh Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang membeli peralatan pada kadar harga yang terlalu tinggi.

Ia termasuk pembelian pemutar skru, pada RM224.94 satu set oleh IKBN berbanding harga pasaran hanya RM40.

Turut dipertikaikan ialah pembelian kamera digital pada harga RM8,254.29 seunit berbanding harga sebenar RM2,990.

Selain itu harga untuk jek satu tan dibeli pada harga RM5,741.69 seunit berbanding harga sebenarnya hanya RM50.

Masalah lain yang dinyatakan oleh laporan itu termasuk pertubuhan bukan kerajaan yang tidak layak menerima dana daripada kerajaan dan wang itu dibazirkan dengan membeli helikopter yang tidak dapat digunakan.

Selain itu, laporan tersebut turut menyentuh mengenai jumlah wang yang sepatutnya diterima oleh Kerajaan Persekutuan tetapi masih belum diterima seperti hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil.

Ia termasuk daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Kastam Diraja Malysia dan Polis Diraja Malaysia.

Mengenai laporan yang menyebut Ketua Setiausaha (KSU) KBS telah menandatangani 11 kontrak projek IKBN yang setiap satu bernilai antara RM7.99 juta dan RM74.2 juta, Najib berkata, KSU tidak mempunyai kuasa berbuat demikian.

“Ia hanya boleh dilakukan jika dibuat secara tender bernilai kurang RM5 juta.

“KSU tidak mempunyai kuasa untuk memberikan kontrak secara terus kerana ia hanya boleh dibuat melalui tender ataupun keputusan Kementerian Kewangan,” jelasnya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:14
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.