saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 12/09/2007

Histeria kisah seram enam pelajar nakal

BAGAIKAN satu trend. Apabila sesebuah produksi menghasilkan filem berunsur seram, produksi lain juga akan melahirkan filem yang sama.

Apakah ini kerana penggiat filem tempatan kini ketandusan idea? Atau keadaan ini terjadi kerana mereka mahu memenuhi permintaan dan kehendak pasaran semasa?

Apa yang nyata kini, satu persatu filem berunsur seram menghiasi industri filem negara, bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Tidak cukup dengan filem seram tempatan, filem luar juga dilihat ‘berlari’ seiring dengan produk tempatan untuk menarik perhatian penonton.

Selepas filem berunsur seram seperti Pontianak Harum Sundal Malam dan Jangan Pandang Belakang meraih kejayaan besar, kini muncul pula Histeria.

Histeria yang diarahkan oleh James Lee merupakan filem ke-21 terbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd., yang membariskan bakat-bakat baru.

Antara barisan pelakon muda yang menjayakan filem ini ialah Liyana Jasmay, Scha, Reanna, Talya dan Norisnainy.

Pelakon lain yang turut membintangi filem tersebut ialah Vanida Imran, Adiputra, Kazar dan Adlin Aman Ramli.

Histeria merupakan kisah seram yang berlaku di sebuah sekolah yang melibatkan enam pelajar nakal iaitu Murni, Alissa, Tini, Marina, Junita dan Kerek.

Mereka berpura-pura terkena histeria sehingga terpaksa dipanggil bomoh untuk dipulihkan.

Segalanya bermula apabila mereka didenda membersihkan kawasan sekolah selama seminggu ketika cuti semester.

James Lee ketika ditemui berkata, ini merupakan kali kedua dia mengarah filem berunsur seram. Filem seram pertama arahannya ialah The Beautiful Washing Machine.

Kata James, pihaknya banyak menggunakan kesan pencahayaan.

“Saya cuba membuat sesuatu yang berlainan daripada filem-filem seram tempatan yang lain terutamanya dari segi pencahayaan dan kesan tampak.

“Selain itu, filem ini tidak menggunakan sebarang teknik CGI bagi memastikan filem yang dihasilkan lebih berkesan,” katanya.

Filem yang memulakan penggambaran pada 7 Ogos hingga 1 September lalu dengan kos penerbitan RM1.4 juta, dijangka ditayangkan awal tahun hadapan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.