saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 12/09/2007

Mpire tiada niat saingi XPDC


KUMPULAN Mpire... Dari kiri Pae, Trabye, Ali dan Norman.


SEJAK keluar daripada XPDC pada hujung tahun lalu, bekas vokalis kumpulan itu, Mohd. Ali Ismail atau Ali telah menubuhkan kumpulannya sendiri yang dikenali sebagai Mpire.

Ali menubuhkan kumpulan itu bagi meneruskan kariernya sebagai penyanyi rock selepas XPDC bertindak menubuh serta menggabungkan semula anggota-anggota asalnya.

Menurut Ali, dia tidak berniat bersaing dengan XPDC apatah lagi berasa kecewa setelah tidak menganggotai lagi kumpulan itu.

“Selepas keluar dari XPDC saya telah berjumpa dengan Abang Ramli Sarip untuk meminta nasihat daripadanya.

“Dia (Ramli) kata pada saya, apa-apa juga yang hendak saya lakukan mestilah datang daripada diri saya sendiri.

“Abang Ramli kata lagi, kalau saya mahu tubuhkan kumpulan baru janganlah kerana mahu bersaing dengan orang lain,” katanya pada sidang akhbar sempena kemunculan album sulung Mpire di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain Ali, Mpire turut dianggotai oleh Trabye selaku gitaris dan juga penerbit album Mpire, Pae (dram) serta Norman (bassis).

Album berjudul Mpire yang diedarkan oleh Life Records itu sudah dijual lebih 5,000 unit sejak berada di pasaran sebulan yang lalu.

Jelas Ali, dia berasa puas apabila Mpire dapat juga menerbitkan album sulung mereka biarpun ia sudah pun siap dirakamkan pada tahun lalu.

Malah, bekas vokalis kumpulan rock Terra Rossa ini juga berkata, dia belum bercadang untuk muncul sebagai penyanyi solo biarpun mempunyai peminatnya sendiri.

“Buat masa ini saya lebih senang bekerja atau menyanyi secara berkumpulan. Melalui cara ini saya rasa lebih yakin,” ujarnya.

Menurut Ali, dia dan anggota-anggota Mpire juga sepakat dalam menentukan hala tuju dan konsep kumpulan mereka.

Mpire katanya tidak mahu dikenali sebagai kumpulan rock yang cenderung membawakan lagu-lagu bertemakan percintaan yang meliuk lentuk.

“Kalau boleh kami tidak mahu lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini bertemakan lagu-lagu `cintan’ (cinta).

“Sebab itu, dalam album ini kami lebih suka tampilkan lagu-lagu bertemakan semangat seperti kemerdekaan dan sebagainya,” katanya lagi.

Sebelum sidang akhbar itu, Mpire sempat menghiburkan wakil-wakil media dengan menyampaikan empat buah lagu berjudul Angan-Angan Si Taring, Berasap Berabuk, Hasrat dan Jadi Kita.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.