saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 12/09/2007

20 negara dijangka sertai Persidangan Geopark Asia Pasifik

LANGKAWI 11 Sept. – Sebanyak 20 buah negara dijangka menyertai Persidangan Antarabangsa Geopark Asia Pasifik yang bakal diadakan di sini pada 13 hingga 15 November ini.

Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Datuk Kamarulzaman Abdul Ghani berkata, persidangan yang julung-julung kali diadakan di Asia Tenggara itu akan membincangkan usaha dan kerjasama dalam mempertingkatkan geopark di rantau Asia Pasifik.

Katanya, setakat ini sebanyak 12 buah negara telah mengesahkan penyertaan mereka antaranya Turki, Iran, Australia, China, Amerika Syarikat, Rusia, Indonesia dan Thailand.

‘‘Kita berbangga dapat menganjurkan persidangan itu yang secara tidak langsung dapat mengetengahkan keistimewaan Langkawi Geopark kepada peserta dari luar negara,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil Kursus Pemandu Pelancong Langkawi Geopark di sini hari ini.

Seramai 40 peserta yang terdiri daripada pemandu-pemandu pelancong dari Langkawi menyertai kursus anjuran bersama Majlis Tindakan Pelancongan Langkawi dan LADA.

Kursus selama empat hari itu dianjurkan dalam usaha membantu mempertingkatkan industri pelancongan di Langkawi.

Terdahulu dalam ucapannya, Kamarulzaman turut melahirkan rasa gembira atas sambutan dan komitmen yang ditunjukkan para peserta untuk bersama-sama memainkan peranan mempromosikan pulau peranginan popular itu sebagai sebuah geopark paling sempurna di dunia.

Sehubungan itu, katanya, pandangan negatif yang menganggap geopark hanya berkisar kepada bentuk muka bumi dan batu-batan patut dikikis kerana ia sebenarnya turut meliputi semua aspek termasuk sejarah geologi Langkawi dan penglibatan masyarakat setempat.

Dalam pada itu, katanya, promosi memperkenalkan Langkawi Geopark di peringkat dunia akan diteruskan pada akhir September ini di beberapa negara Scandinavia bermula di Oslo, Norway, Stockholm, Sweden dan Copenhagen, Denmark selaras dengan Tahun Melawat Kedah pada tahun depan.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.