saya nak baca ..

SASTERA


ARKIB : 13/09/2007

Idola P. Ramlee ketengah bakat muda


JOHAN kategori Wanita (dari kanan), Lelaki dan Paduan Suara Idola P. Ramlee dan Saloma 2007 selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan akhir di Istana Budaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


PERTANDINGAN akhir Idola P. Ramlee dan Saloma 2007 yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini memperlihatkan kemunculan bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian.

Ia juga bertujuan untuk menyemarak dan menjadikan lagu-lagu Tan Sri P. Ramlee dan Saloma idola seni mereka sekaligus dihayati sebagai khazanah seni negara yang tidak ternilai.

Selain itu, berdasarkan kedudukan Allahyarham P. Ramlee sebagai khazanah seni negara, usaha tersebut diadakan untuk memastikan warisan tersebut sentiasa mempunyai kesinambungan.

Meskipun, ia hanya pertandingan `meniru’ suara, gaya dan mungkin juga penampilan, Idola P. Ramlee dan Saloma 2007 juga bertujuan memastikan legasi kesenimanan Allahyarham itu terus hidup dan berkembang.

Seramai lima peserta bagi setiap kategori (lelaki dan wanita) serta paduan telah berentap di pertandingan akhir tersebut untuk merebut merebut hadiah RM10,000 (juara), RM8,000 (kedua) dan RM6,000 (ketiga). Tempat keempat dan kelima pula masing-masing menerima RM1,000.

Dalam pada itu, peserta Johor, Mohd. Faizal Abd. Rahim, 22 yang mendendangkan lagu Berkorban Apa Saja muncul sebagai juara kategori Lelaki manakala peserta Kuala Lumpur, Irsa Sahabuddin, 21 dengan Pesta Muda Mudi memenangi kategori wanita.

Juara kategori Paduan (duet) diraih oleh pasangan Sabah, Mohd. Afiq Ahmed, 19 dan Azeani Awang Ismail, 18 yang mendendangkan lagu Taman Firdausi.

Teempat kedua bagi kategori Lelaki dimenangi peserta Kuala Lumpur, Ahmad Fuad Zaharullail, 39 manakala tempat ketiga disandang oleh peserta Pahang, Nor Azieman Aziz, 16

Dalam pada itu, tempat kedua kategori Wanita diraih oleh peserta Terengganu, Nor Idayu Mohd. Sopiee dan tempat ketiga jatuh kepada wakil Johor, Morhasima Kadir, 24.

Untuk kategori Paduan Suara, tempat kedua jatuh kepada peserta Selangor, Zainal Roslan, 21 dan pasangannya Norazwin Sharifuddin, 19 manakala ketiga ialah pasangan Mohd. Fadzil Abdul Wahab, 20 dan Rosmawati Mat dali, 28 dari Melaka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:14
Asar 4:30
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.