saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 14/09/2007

Nusantara terus bergegar


PESAKIT di Hospital M. Yunus di Bengkulu terpaksa dipindahkan keluar dari wad semalam kerana bimbang bangunan hospital runtuh, sehari selepas gempa bumi sekuat 8.4 skala Richter yang menggemparkan wilayah itu. – AFP.


JAKARTA 13 Sept. – Dua lagi gempa bumi melanda Indonesia hari ini, sebelah pagi di Padang, Sumatera manakala satu lagi berlaku di Sulawesi pada pukul 5.48 petang ini.

Gempa bumi kuat yang menggegarkan Indonesia petang ini dilaporkan berlaku di hujung sebelah utara Pulau Sulawesi.

Ia merupakan gempa bumi ketiga di negara kepulauan Asia Tenggara itu dalam tempoh 22 jam.

Gempa bumi terbaru berukuran 6.4 pada skala Richter itu pada mulanya dikhuatiri menyebabkan tsunami tetapi jangkaan itu kemudian ditarik balik oleh Agensi Meteorologi Indonesia.

Setakat ini, tiada kemusnahan dan kehilangan jiwa dilaporkan akibat gempa bumi terbaru ini tetapi gempa semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 10 maut sementara berpuluh-puluh yang lain dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Gempa bumi tersebut berpusat pada kedalaman 30 kilometer di bawah dasar laut di satu kawasan di tengah laut yang terletak kira-kira 290 kilometer ke timur laut Bitung iaitu pelabuhan utama di utara Sulawesi.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) pula menyatakan gempa bumi yang dicatatkan berlaku pada pukul 5.48 petang (sama waktu dengan Malaysia) itu berukuran 6.6 Richter.

Pagi ini satu gempa bumi berukuran 7.8 Richter telah menggemparkan penduduk di rantau Asia Tenggara apabila amaran tsunami dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Ia merupakan susulan kepada gempa berukuran 8.4 Richter yang berlaku pada pukul 7.10 petang semalam di Kepulauan Mentawai, Sumatera.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 10 penduduk dilaporkan terbunuh sementara 49 lain cedera akibat gempa bumi yang menyebabkan gegaran pada bangunan tinggi di sekurang-kurangnya tiga buah negara di rantau ini.

Selain Indonesia, antara negara yang melaporkan kesan gegaran ialah Malaysia, Singapura dan Thailand.

Sementara itu, dalam kejadian pertama semalam, satu gempa bumi sekuat 8.4 Richter telah berlaku di Bengkulu, Sumatera tanpa menyebabkan sebarang tsunami, meskipun pada awalnya amaran telah dikeluarkan di hampir semua kawasan di kebanyakan negara Asia hingga ke Afrika.

Kejadian gempa yang kedua sekuat 7.8 Richter hari ini di Padang pula memburukkan lagi keadaan di sana.

“Banyak bangunan runtuh selepas gempa bumi pagi ini. Kami masih mencari mangsa-mangsa yang mungkin terperangkap,” kata Datuk Bandar Padang, Fauzi Bahar kepada siaran radio El Shinta.

Seorang pakar geologi di USGS, Rafael Abreu berkata, gempa bumi kedua yang berlaku pagi ini bukanlah susulan gegaran semalam tetapi melibatkan pusat gegaran yang terletak berhampiran.

“Gempa bumi kedua itu agak besar dan dikenal pasti sebagai gegaran yang berlainan.

“Ia berlaku pada kedalaman yang rendah dan berisiko mencetuskan tsunami,” katanya lagi.

Indonesia semalam mengeluarkan amaran tsunami sebelum menarik balik amaran tersebut dan kemudian sekali lagi mengeluarkan amaran yang sama.

USGS menyatakan pusat gegaran gempa pagi ini terletak 200 kilometer dari bandar Bengkulu pada kedalaman kira-kira 10 kilometer dan berlaku pada pukul 6.49 pagi (pukul 7.49 pagi waktu Malaysia).

Gempa bumi pertama yang berlaku pada pukul 6.10 petang semalam (pukul 7.10 petang semalam waktu Malaysia) menyebabkan talian telefon dan bekalan elektrik terganggu di seluruh Indonesia dan menyukarkan usaha mendapatkan maklumat kemusnahan dan angka korban.

– Agensi

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.