saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 14/09/2007

Imam dipecat -- Kita ada bukti dia terlibat dalam rusuhan itu – Rosol

KUALA TERENGGANU 13 Sept. – Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas termasuk memecat seorang imam di sini yang ditahan polis kerana terbabit dalam rusuhan di Jalan Sultan Mahmud, di sini Sabtu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari dan Kebajikan negeri, Datuk Rosol Wahid berkata, pihaknya telah menerima laporan mengenai penglibatan imam terbabit dalam rusuhan tersebut.

‘‘Selain dia (imam) ditahan polis pada malam itu, kita juga mempunyai bukti lain yang dia terlibat dalam rusuhan itu dan perkara tersebut adalah sesuatu yang amat mendukacitakan.

‘‘Kita tidak akan berkompromi dalam hal ini dan tindakan memecat imam tersebut mesti diambil,’’ katanya kepada pemberita di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Dalam kejadian 8 September lalu, seramai 750 orang dipercayai penyokong pembangkang mengadakan rusuhan selepas polis mengarahkan mereka bersurai daripada menghadiri satu perhimpunan haram.

Menurut Rosol, sebagai seorang imam, dia sepatutnya menjadi contoh serta boleh membimbing individu lain ke arah kehidupan yang lebih baik.

Justeru, katanya, apabila seorang imam terlibat dalam kegiatan negatif seperti rusuhan, ia adalah satu kesalahan yang sangat sukar untuk dimaafkan.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci identiti imam terbabit.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan UMNO Terengganu, Datuk Ahmad Shabery Cheek juga kesal dengan insiden itu dan pihaknya akan meneruskan program penerangan bagi memberikan penjelasan berhubung kejadian tersebut.

‘‘Sekarang ini Pas sengaja memutarbelitkan isu yang berlaku termasuk menuduh UMNO dan polis terlibat tetapi hakikatnya ia dilakukan oleh mereka sendiri.

‘‘Kalau UMNO yang menjadi dalang, mengapa pemimpin Pas yang hadir di tempat kejadian dan mengapa orang Pas yang ditahan dan ditangkap. Ini jelas menunjukkan Pas kini berada dalam keadaan tersepit berhubung insiden tersebut sehingga sanggup menuding jari kepada orang lain,’’ tambahnya.

Beliau yang juga Setiausaha Parlimen Kementerian Luar berkata, kejadian yang berlaku itu menunjukkan pembangkang sekarang menghadapi tekanan berikutan penerimaan serta sokongan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:14
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.