saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 14/09/2007

Lima perusuh dibebas sementara

KUALA TERENGGANU 13 Sept. – Polis membebaskan lima lelaki yang sebelum ini ditahan berhubung kes rusuhan di Jalan Sultan Mahmud, Sabtu lalu, sementara menunggu kertas siasatan lengkap disiapkan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah I negeri, Supritendan Khairi Ahrasa berkata, lima lelaki yang berusia sekitar 20-an hingga 30-an itu dibebaskan dengan jaminan polis setelah perintah tahanan reman ke atas mereka berakhir kelmarin dan hari ini.

Sebelum ini, katanya, dua daripada lelaki tersebut yang masing-masing berusia 21 dan 38 tahun ditahan reman selama tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh seorang anggota polis berpangkat konstabel dalam rusuhan tersebut.

Kedua-dua lelaki berkenaan mengalami kecederaan di bahagian leher dan bahu akibat terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis itu yang mempertahankan diri daripada diserang 20 perusuh termasuk suspek.

‘‘Pengimpal berusia 21 tahun berasal dari Pasir Panjang, di sini yang cedera di leher dan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) tamat reman hari ini dan dibenarkan keluar dari hospital hari ini.

‘‘Lelaki terbabit akan dipanggil untuk diambil keterangan lanjut berhubung kejadian itu bagi membolehkan kertas siasatan dilengkapkan sebelum dihantar kepada Timbalan Pendakwaraya untuk pendakwaan,’’ katanya di sini hari ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.