saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 14/09/2007

Ganjaran RM5,000 kenal pasti perusuh bakar bendera

MARANG 13 Sept. – Pemuda UMNO Terengganu menawarkan RM5,000 dan pakej umrah kepada sesiapa yang boleh memberi maklumat sehingga tertangkapnya perusuh yang membakar Jalur Gemilang dalam rusuhan di Jalan Sultan Mahmud Sabtu lalu.

Ketua Penerangannya, Razali Idris berkata, ganjaran berkenaan ditawarkan oleh sayap UMNO itu bagi membantu menangkap perusuh yang menghina kedaulatan negara.

Menurut beliau, ganjaran berkenaan turut dibuka kepada anggota parti pembangkang yang mempunyai maklumat berhubung identiti perusuh berkenaan.

Katanya, ganjaran itu akan diserahkan kepada pemberi maklumat berkenaan sebaik sahaja perusuh berkenaan ditangkap.

‘‘Ini janji kami dan ia akan ditepati sebaik sahaja pesalah berkenaan ditangkap,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di Merchang di sini hari ini.

Gambar seorang lelaki memakai topi keledar yang sedang membakar Jalur Gemilang ketika rusuhan di Jalan Sultan Mahmud dan disiarkan dalam akhbar Ahad lalu, menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.