saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 16/09/2007

Dr. Mahathir masuk semula ke ICU

KUALA LUMPUR 15 Sept. – Tun Dr. Mahathir Mohamad dimasukkan semula ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Institut Jantung Negara (IJN) semalam untuk pemerhatian doktor.

Menurut kenyataan akhbar IJN, pemindahan yang dilakukan pada pukul 7 petang semalam itu bertujuan membolehkan doktor-doktornya melakukan pemeriksaan rapi ke atas keadaan keseluruhan beliau.

‘‘Beliau berada dalam keadaan stabil malam tadi dan melakukan senaman ringan.

‘‘Dr. Mahathir dijangka terus berada di ICU untuk pemantauan berterusan,’’ kata kenyataan tersebut yang dikeluarkan di sini hari ini.

Bekas Perdana Menteri berusia 81 tahun itu menjalani pembedahan pintasan koronari selama lima jam di IJN pada 4 September lalu.

Pembedahan diketuai pakar jantung terkemuka, Tan Sri Dr. Yahya Awang dan dibantu Datuk Dr. Razali Wathooth, Datuk Dr. Azahari Yakub, Datuk Dr. Venugopal Balchand, Datuk Ezani Mohd. Taib dan Ketua Pakar Bedah Kardiologi Klinik Mayo di California, Amerika Syarikat, Prof. Dr. Hartzell Schaff.

Ia merupakan pembedahan pintasan koronari kali kedua Dr. Mahathir selepas pembedahan pertama pada 24 Januari 1989 di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Pada 13 September lalu, beliau dipindahkan ke wad biasa dari ICU kerana telah menunjukkan kemajuan yang baik termasuk boleh berjalan tanpa alat sokongan dan makan makanan biasa.

Bagaimanapun, lawatan ke atasnya masih hanya dihadkan kepada anggota keluarga terdekat bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.