saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 17/09/2007

Azzuddin tetap Pengerusi Weststar

KUALA LUMPUR – Lt. Jen. (B) Datuk Azzuddin Ahmad tidak akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Kumpulan Syarikat Weststar biarpun telah diumumkan sebagai Setiausaha Agung baru Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) - satu jawatan sepenuh masa, Jumaat lalu.

Katanya, jawatan di syarikat itu bukan bertaraf eksekutif yang menuntut komitmen tetap dan pengawasan operasi harian malah pengurusannya sendiri telah memberikan lampu hijau untuk menyandang ‘kerusi panas’ di Wisma FAM, Kelana Jaya.

“Saya Pengerusi Weststar yang bukan eksekutif. Tiada peranan yang penting sangat di situ. Hanya sebagai ketua lambang. Pengurusan syarikat juga tidak mempunyai masalah untuk membenarkan saya menjadi Setiausaha Agung FAM.

“Ada pegawainya yang turut meminati bola sepak dan memang menggalakkan saya. Lagipun jawatan itu tidak mempunyai pertindihan kepentingan dengan Kumpulan Weststar,” kata bekas pemain sayap kiri kebangsaan era 70-an ini kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Bekas Ketua Bahagian Risikan Pertahanan kelahiran Alor Star, Kedah dan pernah membantu Malaysia muncul naib juara Pestabola Merdeka 1972 ini diumumkan sebagai pengganti Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad, oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah dari London, England.

Azzuddin, 61, yang memulakan tugasnya hari ini, turut yakin minat mendalamnya kepada bola sepak dan latar belakangnya sebagai pentadbir beberapa jawatankuasa FAM serta pengalaman pemain kebangsaan bakal banyak membantunya menjalankan tugas dengan baik dan berkesan.

Beliau merupakan Setiausaha Agung FAM keenam selepas Datuk Kwok Kin Keng (1951-1980), Datuk Paul Murugasu (1980-1985), Datuk Paul Mony Samuel (1985-2000), Datuk Dell Akhbar Khan Hyder Khan (2000-2005) dan Ibrahim (2005-2007).

Mengenai jawatan Penolong Setiausaha Agung FAM yang sekian lama dikosongkan oleh Rosli Hussein dan Noor Kefli Sulong, kata Azzuddin, hal berkenaan bakal diuruskannya selepas beliau menghadap Sultan Ahmad Shah sekembalinya dari London nanti.

“Buat masa ini, biarlah saya uruskan satu persatu. Ibarat orang yang berpindah ke rumah baru, saya perlu tengok keadaannya dulu. Mungkin selepas menghadap Tuanku Presiden (tidak lama lagi), perkara ini (pelantikan Penolong) dapat dibincangkan,” katanya.

Ditanya sama ada calon lain Setiausaha Agung FAM sebelum ini, Hamidin Amin yang mungkin dipertimbangkan, katanya: “Saya tidak mahu membuat spekulasi tetapi dia memang kawan baik saya selaku Setiausaha FAS (Persatuan Bola Sepak Selangor) dan ketika saya masih Ahli Majlis FAM dulu.”

Ketika Ibrahim yang sebelumnya Naib Presiden FAM dilantik sebagai Setiausaha Agung secara kontrak selama dua tahun pada 2005, Sultan Ahmad Shah memilih Rosli dan Noor Kefli, dua calon yang menjalani proses temu duga jawatan itu, selaku Penolong Setiausaha Agung FAM.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.