saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/09/2007

Elly drama remaja komedi ceria

SERINGKALI permasalahan remaja dibincangkan menerusi forum atau program bual bicara yang kadang-kala menimbulkan rasa bosan di kalangan penonton terutama generasi muda.

Kini, sebuah lagi program yang menyasarkan golongan remaja sebagai penonton sasarnya iaitu Elly sudah pun menemui penonton setia ntv7 sejak 3 Ogos lalu.

Berkonsepkan komedi ceria, Elly mampu menarik perhatian penonton khususnya golongan muda dan remaja dan ini diakui sendiri oleh pengarahnya, M. Nazir Juhan ketika ditemui di lokasi penggambaran drama tersebut di ibu kota.

Katanya, jalan cerita yang ringkas dan diisi pula dengan masalah yang dihadapi remaja hari ini serta jalan penyelesaiannya, menjadikan Elly sebuah program yang menepati kehendak remaja.

“Elly menceritakan tentang persahabatan lima orang wanita dalam mengharungi kehidupan seharian di bandar. Apa yang kami tampilkan dalam Elly semuanya ada kena-mengena dengan remaja khususnya mereka yang tinggal di bandar.

“Masalah seperti seks, kehidupan terlarang, cinta dan permasalahan keluarga semuanya ada dalam Elly. Malah, Elly juga memaparkan cara percakapan harian seperti mana yang diaplikasikan oleh kita. Apatah lagi dengan fast cut style menjadikan Elly tidak bosan untuk ditonton,” kata Nazir.

Mendengarkan penjelasan Nazir, adakah dia mahu menjadikan Elly ini seperti siri komedi popular, Sex and the City apabila menyelitkan unsur-unsur seks di dalamnya?

“Jangan salah sangka. Memang isu seks dibincangkan di dalam Elly namun, kami menggunakan cara yang lebih berlapik untuk mencari penyelesaiannya. Bukan semata-mata isu seks sahaja dibincangkan dalam drama ini. Banyak lagi isu yang kami mainkan di dalamnya,” jelas Nazir bersungguh.

Tambahnya, dia cuba menjadikan Elly sebuah drama yang begitu menyakinkan serta bersesuaian dengan konsep di negara ini.

“Elly juga tidak bertumpu pada kisah remaja sahaja. Malah, isu kasih sayang antara keluarga turut diselitkan. Contohnya, bagaimana Elly begitu menyayangi bapanya, Datuk Hashim yang sudah lama kematian isteri. Malah, dia juga sanggup bekerja dengan bapanya,” ujarnya yang sebelum ini pernah mengarah drama Cinta Keropok Lekor juga untuk siaran ntv7.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.