saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 21/09/2007

Cedera kena mercun

KUALA TERENGGANU 20 Sept. - Empat remaja termasuk seorang yang sedang menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cedera di bahagian mata, badan dan kemaluan akibat terkena mercun dalam dua kejadian berasingan di Dungun dan Setiu pada minggu pertama bulan Ramadan ini.

Mohd. Syafiq Mat Jusoh, 12, dari Kampung Bintang, Setiu mengalami kecederaan di mata kiri akibat terkena mercun bola yang dilemparkan seorang rakannya di perkarangan asrama sekolahnya di Setiu, Ahad lepas.

Dalam kejadian terbaru malam tadi, dua remaja berusia 16 dan 17 tahun pula cedera di mata, leher, tangan, peha dan kemaluan ketika bermain mercun buatan sendiri di Kampung Durian Emas, Dungun.

Mohd. Fadhil Mohd. Yasin, 16, bersama Mohd. Shahrul Ramli, 17, dan seorang lagi rakan mereka sedang memasukkan belerang ke dalam botol kaca apabila percikan api dari rokok yang dihisap Mohd. Fadhil dipercayai terkena belerang lalu meletup.

Tiga mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana kecederaan yang dialami agak serius manakala rakan kepada Mohd. Fadhil dan Mohd. Shahrul yang tidak didedahkan namanya hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar di Pusat Kesihatan Bandar Al-Muktafi Billah Shah.

Kakak Mohd. Fadhil, Norzakiah Mohd. Yasin, 26, ketika ditemui di HSNZ hari ini berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, adiknya sedang menghisap rokok ketika memasukkan belerang ke dalam botol kaca di sebuah kawasan lapang di kampung itu.

‘‘Akibat letupan itu, mereka bertiga terkena serpihan kaca di mata, leher, tangan, paha dan kemaluan, bagaimanapun hanya Mohd. Fadhil dan Mohd. Shahrul yang mengalami kecederaan agak teruk manakala rakan mereka hanya menerima rawatan pesakit luar,” ujarnya.

Norzakiah berkata, kaca yang memasuki tangan kiri, paha dan kemaluan adiknya telah dibersihkan tetapi doktor dijangka melakukan pembedahan kerana pemeriksaan sinar-X mendapati masih terdapat kaca terbenam di dalam kulitnya.

Mohd. Fadhil, kata beliau, tidak lagi bersekolah dan kini bekerja sebagai mekanik sambilan itu

Ibu Mohd. Shahrul, Salbiah Mohd. Arifin, 42, pula berkata, anaknya itu yang merupakan pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di Dungun cedera di mata kanan, leher, tangan dan pehanya akibat letupan belerang tersebut.

‘‘Doktor akan melakukan pemeriksaan lanjut ke atas mata kanan Mohd. Shahrul kerana ia telah tercalar akibat terkena kaca berkenaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, ibu Mohd. Syafiq, Saripah Ali, 43, berkata, anaknya sedang mengangkat kain di kawasan jemuran asrama kira-kira pukul 6 petang apabila sebiji mercun bola dilemparkan ke arahnya.

‘‘Mercun yang dilempar ke arahnya terkena di bahagian bawah mata kiri menyebabkan matanya cedera,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.