saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 22/09/2007

Telekom pula tarik diri Liga Malaysia

KUALA LUMPUR - Saingan Liga Malaysia musim 2007/2008 bakal hilang seri apabila giliran Kelab Bola Sepak Telekom Melaka (TMFC) pula menarik diri.

Telekom Malaysia Berhad (TM) telah mengemukakan permohonan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menarik diri daripada saingan Liga Super yang dijadualkan bermula awal November ini.

Langkah itu diambil selaras dengan keputusan TM untuk menyelaraskan peranannya ke arah menyumbang kepada pembangunan sukan negara, terutama daripada segi penajaan sahaja dan bukannya untuk mengelolakan sebuah kelab bola sepak seperti TMFC.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Abdul Wahid Omar berkata, semua pemain TMFC yang terikat dengan kontrak secara tahunan telah dibayar baki kontrak sehingga Oktober ini.

“Mereka juga diberikan sagu hati RM5,000 seorang serta sijil penghargaan.

“Memandangkan TMFC didaftarkan di bawah Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) oleh itu beberapa pemain mungkin ditawarkan untuk mewakili Melaka.

“Setakat ini, daripada 23 pemain tempatan TMFC musim lepas, 10 sudah menyertai pasukan baru manakala 13 lagi sedang diintai oleh skuad lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

TM mengambil alih tempat sebagai penaja utama Liga Malaysia sejak tahun 2005 dengan sumbangan RM8.5 juta setahun selepas Dunhill menamatkan penajaan mereka ekoran gesaan seluruh dunia bagi menghalang syarikat-syarikat tembakau daripada menaja acara-acara sukan.

Mengulas lanjut Abdul Wahid berkata, dengan tindakan keluar dari Liga Malaysia itu, ia membolehkan TM menjurus terus kepada perspektif penajaan bola sepak sahaja tanpa memiliki pasukan sendiri bersaing.

Antara bukti sokongan kepada kemajuan bola sepak katanya, TM membantu MAFA dengan penajaan RM1 juta untuk dua musim atau RM500,000 semusim.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.