saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 25/09/2007

Seri Budi Emas animasi kisah tujuh srikandi

SELAMA ini sudah banyak kali kisah srikandi-srikandi seperti Tun Fatimah, Mahsuri, Dang Anum, Puteri Santubung, Puteri Saadong, Puteri Gunung Ledang dan Puteri Hang Li Po dipaparkan menerusi buku-buku cerita.

Bagaimanapun setakat ini kisah tujuh srikandi itu belum pernah dikisahkan dalam bentuk animasi 3 dimensi (3D) untuk tayangan di kaca TV.

Justeru, syarikat Digilogic (M) Sdn. Bhd. mengambil peranan itu dengan menghasilkan animasi 3D berjudul Seri Budi Emas yang berkisar tentang ketokohan tujuh srikandi tersebut.

Penerbitnya, Zubir Zain berkata, animasi sebanyak 13 episod itu diharap dapat mempopularkan lagi tujuh srikandi terbabit terutamanya kepada golongan kanak-kanak.

“Kami harap dengan menggunakan animasi 3D ia akan menarik lebih ramai penonton kerana jalan cerita yang dipaparkan mudah untuk difahami.

“Selain paparan animasi yang berwarna-warni, kami juga menyelitkan unsur sejarah, nasihat dan pengajaran kepada para penonton.

“Sebab itu, siri animasi ini boleh dijadikan sebagai salah satu modul pendidikan terutamanya untuk generasi masa kini,” katanya ketika ditemui di pejabat Digilogic (M) Sdn. Bhd. di Kelana Jaya, Selangor baru-baru ini.

Menurut Zubir, seperti kebanyakan animasi lain, Seri Budi Emas turut menggunakan suara para pelakon popular bagi menghidupkan watak-watak yang terdapat dalam animasi ini.

Jelasnya, perkara itu tidak dapat dielakkan kerana gabungan kecanggihan teknologi 3D dan suara-suara komersial pelakon diharap dapat mempopularkan lagi animasi tersebut.

“Bagi saya, suara pelakon popular dan berpengalaman mereka amat penting bagi menghidupkan watak tokoh-tokoh yang kami paparkan menerusi siri animasi ini.

“Ini kerana, pelakon berpengalaman amat diperlukan bagi menghidupkan watak tokoh-tokoh terbabit selain mutu suara mereka yang lebih dikenali ramai dan komersial,” ujarnya.

Seri Budi Emas antaranya menggunakan suara pelakon tempatan antaranya Khir Rahman, Mubarak Majid, Vanida Imran, Sofi Jikan, Hamidi Husin dan Abd. Rahman Zafiq.

Animasi yang dihasilkan oleh sembilan animator itu kini ditayangkan menerusi RTM1 setiap Selasa pukul 7 malam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.