saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 25/09/2007

Sabah kekal khidmat jurulatih import

KOTA KINABALU - Mesyuarat Pengurusan Persatuan Bolasepak Sabah (Sabah FA) yang bersidang semalam sebulat suara mengekalkan Drago Mamic selaku jurulatih skuad itu sehingga musim depan.

Mengikuti jejak langkah Mamic ialah, penyerang import Nigeria, Charles Obi, Rosdin Wasli, Ronny Harun,Zainizam Marjan, Bobby Gonzles, Azrul Ejati Damsh, Hardy Charles Parsi, Mohd Radzi Hussin, Zulamri Muhammad dan Henri Parsi.

Turut dikekalkan penjaga gol utama, Irwan Jamil, Chow Chee Wing, Ahmad Tharmini Saiban dan Rezuan Muhammad Radzy.

Sementara itu, tujuh pemain Sabah musim ini yang digugurkan termasuk dua pemain import iaitu Felisberto De Oliveira dan Dragic Dalidor.

Nasib yang sama juga menimpa, Clarrey Tabad, David Johnny, Ebby Roy Raimon, S Suresh dan penjaga gol, G Jeevanatham.

Setiausaha Eksekutif Sabah FA, Harry Baking ketika dihubungi mengesahkan kedudukan Mamic itu yang sebelum ini menjadi teka-teki selepas berakhirnya saingan Liga Malaysia musim ini.

‘‘Beliau (Mamic) masih menjadi sandaran untuk membimbing skuad Sabah pada musim depan. Meskipun kita masih gagal ke Liga Super, namun prestasi baik dalam Piala FA dan Piala Malaysia perlu diambil kira,”jelasnya.

Bekas penjaga gol kebangsaan, Khairul Azman Mohamed pula kekal selaku penolong jurulatih. Drago kini bercuti di negara asalnya, Croatia dan dijangka kembali bulan depan.

‘‘Kita berharap pada musim depan kita mampu menampilkan skuad yang lebih mantap dengan barisan pemain yang kita miliki,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.