saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 26/09/2007

RCE Capital terbit ABS RM1.5b


Shalina Azman bertukar dokumen dengan Chay Wai Leong sambil disaksikan oleh Azman Hashim (dua dari kanan), Abdullah Mat Noh (tengah) dan Kok Tuck Cheong di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 25 Sept. – Syarikat penyedia pembiayaan, RCE Capital Bhd. (RCE Capital) menerusi anak syarikat milik penuhnya, RCE Marketing Sdn. Bhd. akan menerbit sekuriti bersandarkan aset (ABS) sehingga RM1.5 bilion untuk membiayai pinjaman belum terima khususnya daripada kakitangan awam.

Pengerusi Eksekutif RCE Capital, Tan Sri Azman Hashim berkata, peringkat pertama ABS akan diterbitkan Oktober ini dengan saiz terbitan sebanyak RM100 juta.

“Program ABS yang mengandungi dua bahagian, iaitu bon senior dan sub ordinat itu dijangka mendapat sambutan daripada pelabur berdasarkan penarafan AAA yang diberikan kepada bon senior oleh RAM Rating Services Sdn. Bhd.,” kata Azman.

Azman berkata demikian kepada wartawan selepas majlis menandatangani perjanjian program penerbitan sekuriti bersandarkan aset (ABS) bernilai sehingga RM1.5 bilion untuk RCE Marketing Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh RCE Capital.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah RCE Capital, Shalina Azman; Pengarah RCE Capital, Soo Kim Wai; Pengarah Urusan AmInvesment Bank, Kok Tuck Cheong; Pengerusi RHB Invesment Bank, Datuk Abdullah Mat Noh; Ketua Pegawai Eksekutif RHB Investment Bank, Chay Wai Leong; Pengarah Tressor Assets Bhd. (Tresor), Sue Yong dan Kang Ching Hong.

RHB Invesment Bank bersetuju memberi kemudahan kredit pusingan sehingga RM100 juta kepada RCE Marketing.

Setakat ini, RCE Capital telah menerbitkan kertas komersial, bon dan nota jangka sederhana menerusi dua sekuriti hutang swasta (PDS) yang berasingan pada 2004 dan 2005 bernilai RM515 juta.

Menurut Azman, program ABS itu dijangka dapat menurunkan kos pembiayaan keseluruhan RCE Capital, selain meningkatkan margin kadar faedah perniagaan pembiayaan pengguna.

Program ABS itu akan diterbitkan oleh sebuah syarikat khas (SPV), Tresor, tambah beliau.

“Program ABS RM1.5 bilion ini adalah yang terbesar seumpamanya pada tahun ini daripada segi saiz terbitan.

“Ini merupakan detik bersejarah bagi RCE Capital dan memberi keyakinan kepada kami terhadap kekukuhan pasaran modal hutang di Malaysia,” jelas beliau.

Menurut Azman, pertumbuhan kukuh jumlah pinjaman yang belum diterima syarikat dalam tempoh beberapa tahun lalu merupakan bukti peningkatan permintaan dan pakej pembiayaan penggunaan RCE Capital yang menarik.

“Sehingga kini baki pinjaman yang belum diterima RCE Capital melepasi paras RM1 bilion dan ini menunjukkan kadar pertumbuhan berkompaun 100 peratus setahun sejak tiga tahun lalu,” katanya.

Program tersebut akan menyediakan dana jangka panjang bagi RCE Capital untuk pertumbuhan pinjaman masa depan, di samping meningkatkan pengurusan modal serta mengimbangi aset dan liabiliti syarikat, kata Azman.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.