saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 29/09/2007

Jurulatih tempatan ganti Hatem Souissi


WAN JAMAK WAN HASSAN.


SEREMBAN – Musim depan, kelibat Hatem Souissi sebagai jurulatih pasukan Negeri Sembilan tidak lagi diperlukan setelah Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) memutuskan untuk memilih jurulatih tempatan yang lebih memahami keadaan pemain dan suasana setempat.

Difahamkan terdapat tiga nama yang disebut-sebut bakal memikul tanggungjawab itu.

Mereka ialah Wan Jamak Wan Hassan (bekas jurulatih Telekom Melaka), K. Devan, bekas jurulatih Negeri Sembilan sebelum Hatem dan Irfan Bakti yang kini mengemudi Kelab Persipura dalam Liga Indonesia.

Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, jawatankuasa pemilihan masih lagi belum memberikan kata pemutus siapa yang akan dipilih, bagaimanapun ia akan dibuat dalam masa terdekat kerana sesi latihan akan dimulakan pada 1 Oktober ini.

‘‘PBNS tidak akan lagi menggunakan khidmat Hatem, kita akan cari jurulatih yang sesuai dan pada masa sama memahami pemain dan keadaan setempat.

‘‘Kadang-kadang jurulatih luar ini pandai tapi menjadi masalah apabila tidak memahami keadaan setempat,” katanya di sini, semalam.

Mengulas pemilihan pemain yang bakal beraksi pada musim akan datang, Mohamad yang juga Menteri Besar berkata, PBNS akan membuat pendekatan baru iaitu tidak akan mengambil pemain berstatus bintang, sebaliknya akan memberi peluang kepada pemain Piala Presiden negeri untuk mempamerkan kebolehan masing-masing.

‘‘Biarlah kita kalah tetapi pada masa yang sama kita dapat memberikan pendedahan berguna kepada pemain bawah 20 tahun dan dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi mereka akan menjadi matang.

‘‘Kita tidak boleh bergantung sepenuh kepada pemain import terutamanya di posisi penyerang sehingga menyebabkan penyerang tempatan tidak berpeluang untuk menonjolkan diri masing-masing,” katanya.

Jelas Mohamad, daripada hasil pemerhatiannya antara kelemahan pasukan bola sepak negara ialah ketiadaan penyerang berwibawa untuk menggegar gawang lawan.

‘‘Ini kerana kebanyakan pasukan terlalu bergantung kepada pemain import untuk menjaringkan gol, akhirnya pasukan negara kita tidak akan berkembang kerana jarang diberikan peluang.

‘‘Lagipun kos yang terpaksa dibayar oleh setiap pasukan setiap bulan adalah terlalu tinggi tapi sebenarnya hasilnya tiada kepada pasukan yang diwakilinya itu,” ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.