saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 01/10/2007

Berlumba-lumba: Motosikal mungkin dilarang guna lebuh raya

PARIT 1 Okt. - Setelah melihat sendiri empat penunggang motosikal berkuasa besar berlumba-lumba di Lebuh Raya Utara-Selatan semalam, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Samy Vellu berkata, kerajaan mungkin mengharamkan motosikal daripada menggunakan lebuh raya itu jika mereka ini mengancam nyawa pengguna lain.

Beliau berkata, langkah drastik itu terpaksa diambil jika para penunggang motosikal terus mengabaikan undang-undang umpamanya dengan menggunakan lebuh raya untuk berlumba-lumba.

“Sekarang kita tidak hadkan motosikal guna lebuh raya tetapi kalau mereka tidak ikut peraturan, kita akan larang motosikal di lebuh raya,” katanya kepada pemberita selepas melawat projek menaik taraf Jalan Ipoh-Lumut di Bota dekat sini hari ini.

“Semalam saya lihat penunggang motosikal besar di Lebuh Raya Utara Selatan, bawa laju hingga 170 kilometer sejam.

“Mereka tidak ikut peraturan hingga ada empat orang (motosikal) bersaing dalam dua lorong.

“Saya ingin beri amaran, (lebuh raya) bukan tempat perlumbaan motosikal.

“Saya akan jumpa persatuan (pemilik) motosikal dan beri nasihat, kerana kalau mereka tidak mahu ikut, kita akan haramkan motosikal di lebuh raya,” katanya.

Samy Vellu berkata, kerajaan telah berusaha untuk meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya dengan menguat kuasa pelbagai peraturan serta pendekatan. maka penunggang motosikal perlu mematuhinya kerana ia bertujuan menjaga keselamatan mereka dan pengguna-pengguna lain.

Beliau berkata, penunggang motosikal perlu menghormati pengguna lain di lebuh raya yang terpaksa membayar tol bagi melalui lebuh raya sedang mereka menggunakannya dengan percuma.

“Orang lain bayar, dia tak bayar... guna percuma, kena jaga sikit,” katanya.

Samy Vellu turut berkata, Jabatan Kerja Raya telah membina 16 menara pemerhatian polis di seluruh negara dengan belanja sebanyak RM1.5 juta.

Pada Februari lepas, Kabinet mengarahkan pembinaan menara itu sebagai langkah meningkatkan tahap keselamatan jalan raya terutama pada musim perayaan. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zuhur 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.