saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 01/10/2007

Kes bunuh Nurin: Empat lelaki direman polis dibebaskan

PETALING JAYA 1 Okt. - Empat lelaki yang ditahan polis pada Khamis lepas bagi membantu siasatan kes pembunuhan kejam ke atas Nurin Jazlin Jazimin dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.

Jurucakap polis berkata, keempat-empat suspek tersebut dibebaskan pada pukul 4.56 petang tadi kerana polis tidak mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa mereka.

Malah ujian DNA yang dibuat keatas mereka berempat tidak sepadan dengan DNA yang ada pada mayat Nurin, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini.

Keempat-empat lelaki, yang berumur antara 27 dan 33 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah kedai di Seksyen 7, Shah Alam berhubung kes pembunuhan Nurin Jazlin.

Seorang wanita yang turut ditahan bersama mereka telah dibebaskan selepas keterangannya diambil.

Seorang wanita warga Indonesia turut ditahan di Pasar Ramadan di Nilai, Negeri Sembilan pada tengah malam Jumaat lepas untuk membantu polis dalam siasatan kes pembunuhan itu.

Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak dilaporkan hilang pada 20 Ogos lepas setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya.

Pada 17 September, mayatnya ditemui dalam satu beg yang ditinggalkan di sebuah kedai di Petaling Jaya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan berkata, beliau belum dimaklumkan mengenai pembebasan keempat-empat suspek tersebut.

“Saya belum dimaklumkan mengenai pembebasan tersebut... Perkara ini masih dalam siasatan,” katanya kepada pemberita mengenai perkara tersebut selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya dan majlis berbuka puasa di Sri Pentas, Bandar Utama, di sini.

Sementara itu, jurucakap Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata, wanita warga Indonesia itu masih dirawat di pusat perubatan itu dan kad modul pengenalan pelanggan (SIM) yang ditelannya masih belum berjaya dikeluarkan.

Beliau berkata, suspek enggan memakan ubat yang diberikan oleh pihak hospital yang bertujuan untuk mengeluarkan kad tersebut.

Tinjauan di tingkat tujuh PPUM, di mana wanita tersebut ditempatkan, mendapati ia dikawal ketat oleh tiga anggota polis.

Wanita itu yang ditempatkan di sebuah bilik di wad itu pagi tadi kelihatan dibawa keluar pada pukul 11 pagi dengan berkerusi roda dan tangan bergari oleh dua anggota polis.

Dua jam kemudian wanita itu kelihatan dibawa kembali ke wadnya di tingkat tujuh.

Apabila pihak wartawan bertanyakan perkara tersebut kepada kakitangan hospital, mereka enggan melayan, sebaliknya hanya menyatakan, ia “rawatan biasa”.

Wanita itu dikatakan telah menelan kad SIM yang dipercayai mengandungi petunjuk atau maklumat penting dalam menyelesaikan kes pembunuhan Nurin Jazlin sebelum sempat dirampas polis semasa dibawa polis ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Sabtu lepas.

Tindakan nekad itu mengakibatkan wanita berkenaan pengsan kerana tercekik kad tersebut. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.