saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 01/10/2007

Kenali pendera seksual




KES-kes penderaan seksual terutama sekali di kalangan kanak-kanak seringkali mendapat perhatian masyarakat. Kanak- kanak mangsa penderaan seksual juga selalunya mengalami kesan fizikal, mental, emosi, tingkah laku, kerohanian, dan kesan sampingan lain.

Keadaan menjadi lebih tragis apabila kanak-kanak yang telah didera secara seksual dibunuh oleh pelakunya.

Oleh itu tidak hairanlah jika ancaman penderaan seksual terhadap kanak-kanak merupakan salah satu daripada ketakutan besar kebanyakan ibu bapa. Langkah, strategi dan intervensi bersesuaian perlu dilaksanakan untuk menghalang atau mengurangkan penderaan seksual kanak-kanak kerana kita tidak mahu kanak-kanak menjadi mangsa kepada kekejaman dan tidak berperikemanusiaan orang lain.

Bukannya sesuatu yang mudah untuk ibu bapa mahupun penjaga untuk membincangkan mengenai tajuk penderaan seksual kepada anak-anak mereka. Memandangkan tajuk penderaan seksual melibatkan banyak istilah-istilah yang boleh dianggap agak sensitif kepada sesetengah budaya, mungkin menjadi kesukaran untuk membincangkan mengenai tajuk ini secara terbuka.

Menggunakan buku untuk membantu memulakan perbincangan mengenai penderaan seksual adalah antara cara yang boleh dilakukan. Banyak buku terutama sekali di Barat yang telah ditulis mengenai tajuk penderaan seksual kanak-kanak. Walaupun mungkin terdapat perbezaan dari segi kesesuaian budaya, buku-buku tersebut boleh membantu memberi kefahaman mengenai penderaan seksual kanak-kanak dan diharapkan dapat membantu dalam mengurangkan kejadian penderaan seksual kanak-kanak.

Antara buku yang banyak membantu dalam memberi maklumat mengenai penderaan seksual kanak-kanak ialah Protect Your Children From Sexual Abuse, Protect Your Child From Sexual Abuse/Incest Perpetrators dan A child Sexual Abuse Prevention Manual. Buku-buku tersebut boleh membantu ibu bapa atau penjaga membicarakan tajuk penderaan seksual kanak-kanak dengan lebih baik lagi.

Buku-buku lain ialah Preventing Child Abuse: A curriculum for children ages five through eight oleh Kathryn Goering Reid, Your Body Belongs to you oleh Cornelia Maude Spelman dan juga The Right Touch: A read-aloud story to help prevent child abuse.

Buku Protect Your Children From Sexual Abuse mengandungi 55 muka surat dan diterbitkan oleh Genesis Consultant Inc. Buku ini banyak berfokus kepada isu pencegahan penderaan seksual kanak-kanak di peringkat awal.

Praktikal

Buku ini mengandungi kekuatannya tersendiri dalam membincangkan mengenai penderaan seksual kanak- kanak. Kekuatan buku ini ialah ia mengandungi banyak bimbingan yang bersifat praktikal di samping kebolehan penulis buku untuk menghubungkan maklumat-maklumat yang berbentuk klinikal dan penyelidikan kepada pembaca dalam bentuk yang bersifat humanistik dan berhemah. Kaedah ini sangat penting kerana tajuk penderaan seksual adakalanya bersifat sensitif dan sukar untuk dibincangkan.

Walaupun buku ini ditulis khas untuk ibu bapa, ia boleh juga digunakan oleh penjaga kanak-kanak dan orang dewasa yang lain seperti guru.

Penulis buku adalah seorang pekerja sosial klinikal yang berdaftar dan mempunyai kemahiran dalam bidang hipnoterapi. Pengalaman penulis selama 15 tahun dalam bidang penderaan seksual dimanfaatkan sepenuhnya dalam buku ini. Antara yang menarik yang dibincangkan dalam buku ini ialah tajuk yang berhubung kait dengan kesan selepas kejadian penderaan seksual dan sumbang mahram. Ia menerangkan mengenai kesan fizikal, mental, emosi, tingkah laku, kerohanian, dan kesan sampingan lain yang sering dialami oleh mangsa penderaan seksual.

Dalam buku ini juga, penulis menyediakan pembaca dengan ujian-ujian pengukuran dan senarai semak yang terperinci dalam mengesan penderaan seksual. Ini termasuklah temu bual apabila ingin mengambil penjaga kanak-kanak dan sembilan kemahiran penting untuk anak-anak menjadi lebih berdikari.

Satu buku lain yang turut membincangkan secara terperinci mengenai penderaan seksual ialah Keeping kids safe: A child sexual abuse prevention manual. Buku tulisan Pnina Tobin dan Levinson Kessner ini mengandungi 160 muka surat dan diterbitkan oleh Hunter House. Ia menjelaskan secara terperinci definisi penderaan seksual. Secara umumnya buku ini menyediakan kemahiran mengenai keselamatan kanak-kanak dan membantu dalam strategi bagi mencegah penderaan seksual kanak-kanak. Buku ini amat sesuai sebagai sumber kepada guru-guru, ibu bapa dan kaunselor.

Selain buku, artikel lain yang membincangkan secara terperinci mengenai tajuk penderaan seksual kanak-kanak ialah Understanding and Protecting Your Children From Child Molesters and Predators oleh Corey Jewell Molester dan Steve Jensen. Artikel ini membincangkan mengenai jenis-jenis pelaku seks, mengapa dan bagaimana penderaan seksual dilakukan di samping membincangkan mengenai istilah penderaan seksual kanak-kanak.

Berhubung itu, kedua-kedua penulis membincangkan bagaimana kaedah terbaik untuk bercakap dengan kanak-kanak mengenai tajuk penderaan seksual, apa yang patut dilakukan sekiranya kanak-kanak didera secara seksual. Terdapat juga tajuk seperti perkembangan seksual dan tingkah laku antara kanak-kanak yang didera secara seksual dengan kanak-kanak normal lain. Faktor-faktor yang meletakkan kanak-kanak berisiko tinggi untuk didera secara seksual turut dibincangkan. Artikel ini juga menjelaskan mengenai ciri-ciri pelaku penderaan seksual kanak-kanak.

* Dr. Sapora Sipon Pengarah Perhubungan Korporat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:27
Maghrib 7:01
Isyak 8:15



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.