saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 04/10/2007

RM141 juta bina Taman Botani Negara

PUTRAJAYA 3 Okt. – Kabinet hari ini meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM141 juta kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi membangunkan Taman Botani Negara, Shah Alam, yang dulunya dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cherakah.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pada masa ini semua masalah berkaitan dengan status tanah sudah selesai selepas kerajaan negeri bersetuju memberikan pajakan selama 60 tahun ke atas kawasan seluas 817 hektar kepada kementerian.

Beliau berkata, pembangunan semula taman itu yang akan mengambil masa enam tahun bakal menjadikannya sebagai taman botani terbesar di dunia dengan rumah empat musim yang menjadi daya tarikan utama taman itu sebelum ini terus dikekalkan.

“Kita ucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberikan sokongan kepada kementerian untuk membangunkan taman tersebut.

“Pada hari ini kita kemukakan cadangan kepada Kabinet untuk membangunkan tanah tersebut secara komprehensif selepas melantik perunding dan menyediakan pelan induk terperinci membabitkan pembangunan sebanyak dua fasa ,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet bagi kementeriannya di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, fasa pertama pembangunan yang dilaksanakan secara berperingkat itu berjalan mulai sekarang sehingga hujung Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) manakala fasa kedua dalam RMK-10.

Beliau berkata, bagi peringkat permulaan peruntukan sebanyak RM20 juta telah diperolehi menjadikan keseluruhan kos membangunkan taman botani itu ialah RM161 juta.

“Kita akan gunakan sebanyak RM70 juta bagi pembangunan sehingga penghujung RMK-9,” ujarnya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.