saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 04/10/2007

Tee Hui Yee selamat jalani pembedahan pindahan jantung

KUALA LUMPUR 4 Okt — Penerima jantung mekanikal Tee Hui Yee, 14, yang semalam mendapat penderma jantung, selesai menjalani pembedahan pindahan jantung tengah hari ini setelah dibedah sejak 10 malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.

Hui Yee, yang sebelum ini bergantung dengan jantung mekanikal menerima jantung itu daripada penderma berumur 15 tahun yang maut dalam kemalangan jalan raya di Ipoh, Perak semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di IJN hari ini.

Dr Chua sebelum itu menghadiri majlis taklimat mengenai pembedahan itu oleh Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Razif Mohd Yunus dan Pengarah Perubatan, Datuk Seri Dr Robayah Zambahari.

Malam semalam seramai 13 pegawai dan jururawat IJN diterbangkan ke Hospital Ipoh oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk membuat pembedahan organ ke atas penderma itu.

Dr Chua berkata, penderma itu bukan sahaja mendermakan jantungnya, tetapi juga menderma paru-paru, hati dan buah pinggang yang dipersetujui oleh anggota keluarga dan warisnya.

Dr Chua berkat,a selain pembedahan jantung dijalankan ke atas Hui Yee, pembedahan pemindahan paru-paru yang didermakan itu turut dijalankan ke atas seorang pesakit berumur 39 tahun.

“Hari ini dua pembedahan dijalankan serentak, kita dapat bayangkan bagaimana seorang yang mati boleh selamatkan ramai orang yang sedang menunggu untuk mendapatkan organ,” katanya.

Mengenai Hui Yee, Dr Chua berkata, pembedahan itu agak berisiko kerana remaja itu bergantung kepada jantung mekanikal sejak setahun lepas.

“Akibat terlalu lama menunggu, ia telah menjejaskan kesihatan Hui Yee dan selera makannya semakin kurang,” katanya.

Hui Yee, 14, sejak setahun lepas telah membuat rayuan untuk mendapatkan jantung baru sebelum jantung mekanikalnya berhenti berfungsi September tahun depan.

Dr Chua turut melahirkan rasa bangganya kerana akhirnya Hui Yee mendapat seorang penderma jantung serta amat berterima kasih dengan keluarga penderma yang merupakan satu contoh yang amat baik di negara ini.

“Ahli keluarga penderma itu memohon agar namanya dirahsiakan dan kita hormati kehendak mereka,” katanya.

“Dalam kes ini (Hui Yee), merupakan contoh terbaik di mana keluarganya mempunyai hasrat murni dan bersetuju untuk menjadi penderma, saya harap rakyat Malaysia sedar jika tiada penderma, ramai pesakit yang menunggu organ akan mati,” kata Menteri itu.

Dr Chua berkata, apa yang mengecewakan di negara ini walaupun terdapat banyak kemalangan maut setiap tahun, jumlah organ yang diselamatkan untuk didermakan adalah amat sedikit memandangkan keluarga mangsa tidak bersetuju.

Pada masa ini, negara memerlukan kira-kira 1,200 buah pinggang, 450 jantung, 200 hati dan 450 kornea setahun untuk menyelamatkan nyawa pesakit, katanya.

Dr Chua yang turut melahirkan terima kasih kepada media yang memberi publisiti meluas mengenai Hui Yee baru-baru ini, berkata publisiti itu secara tidak langsung mewujudkan kesedaran kepada orang ramai mengenai pentingnya pendermaan organ.

Kementerian akan mempergiatkan lagi promosi dan kesedaran orang ramai terhadap pendermaan organ, terutama dalam menyakinkan anggota keluarga atau waris yang kebanyakannya menentang pendermaan organ, katanya.

Beliau berkata, setiap prosedur dan urusan penderma dan penerima organ dijalankan dengan penuh profesional dan mengikut etika.

Satu daripada masalah yang dihadapi oleh kementerian itu ialah walaupun ramai yang berjanji untuk mendermakan organ mereka, tetapi bila mereka meninggal dunia, anggota keluarga mereka tidak bersetuju, katanya.

“Sehingga Jun lepas seramai 108,000 orang telah berjanji untuk mendermakan organ, bagaimanapun pada tahun lepas hanya 25 orang sahaja yang menderma kerana di saat akhir ahli keluarga tidak bersetuju,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakannya kerana soal agama dan budaya, walaupun di negara ini tiada agama yang menghalang seseorang menderma organ.

Setakat ini daripada 108,000 yang setuju mendermakan organ, sebanyak 62 peratus terdiri daripada Cina, 23 peratus India, 12 peratus Melayu dan bakinya kaum lain, dengan 54 peratus terdiri daripada wanita dan selebihnya lelaki.-Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.