saya nak baca ..

SASTERA


ARKIB : 04/10/2007

Pertandingan esei selami semangat patriotisme

JABATAN Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (Kekkwa) dengan kerjasama Persatuan Penulis Nasional (Pena) telah menganjurkan Pertandingan Menulis Esei Erti Kemerdekaan.

Ia diadakan sempena ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-50 dan merupakan salah satu upacara sokongan sempena Bulan Kemerdekaan yang berakhir pada 16 September lalu.

Di sebalik memeriahkan sambutan Bulan Kemerdekaan 2007, ada objektif yang lebih penting iaitu memperkasakan semangat cintakan negara di kalangan rakyat Malaysia melalui esei.

Selain itu, ia juga bertujuan menyemarakkan lagi semangat perpaduan pelbagai kaum melalui penulisan dan interaksi sosial tanpa mengetepikan usaha memartabatkan persuratan melayu.

“Melalui luahan rasa dalam esei, masyarakat negara ini dapat menyelami semangat cintakan negara dan menghargai segala kejayaan yang dikecapi daripada hasil perjuang-pejuang kemerdekaan.

“Mereka juga dapat mempelajari dan mengambil pengajaran daripada strategi perjuangan para tokoh tersebut,” kata Setiausaha Pena, Syed Mohd. Zakir Syed Othman (S.M Zakir).

Sementara itu, penyertaan terbuka kepada kakitangan sektor swasta, badan berkanun dan badan bukan kerajaan yang berumur 18 hingga 56 tahun.

Tema pertandingan tersebut adalah berdasarkan tema yang ditetapkan oleh Kekkwa dan Pena dengan panjang setiap esei antara 2,000 hingga 5,000 patah perkataan.

Para peserta juga bebas untuk menggunakan kaedah rujukan sama nota kaki, nota hujungan atau sistem penulis tarikh. Pandangan juga mesti bernas tetapi tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti isu agama, budaya, kaum atau orang perseorangan.

Selain itu, peserta juga tidak dibenarkan melakukan palagiat (menciplak karya orang lain). Pengambilan pendapat atau data khusus perlu disertakan dengan sumber rujukan.

Sementara itu, karya hendaklah tidak pernah diterbitkan, tersiar atau menyertai sebarang peraduan. Ia akan diadili oleh Panel Penilai yang dilantik oleh Jabatan Kebudayan dan Kesenian Negara dan keputusan adalah muktamad.

Karya-karya yang terpilih tidak akan dikembalikan dan akan menjadi hak milik jabatan, manakala tarikh tutup penyertaan ialah 30 Oktober ini.

“Apa yang diharap oleh Pena dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara ialah pemahaman dan pengertian tentang erti kemerdekaan oleh para peserta.

“Meskipun mereka hanya meluahkan melalui tulisan (esei), tetapi intipati, tanggapan dan jiwa yang diketengahkan dalam karya masing-masing sangat penting sebagai proses kesedaran tentang negara bangsa,”tambahnya.

Maklumat lanjut mengenai pertandingan tersebut dapat diperoleh dengan menghubungi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian di talian 03-26127600/ 26127651 (Eezmadyna Azalin Nordin).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.