saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 05/10/2007

Otai di raya pertama

Filem Otai arahan Prof. Madya A.Razak Mohaideen yang diterbitkan oleh Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd., dengan kerjasama Grand Brilliance Sdn. Bhd., (GBSB) akan menemui penonton di 54 pawagam pada Hari Raya pertama ini.

Otai yang menelan belanja RM1.5 juta termasuk promosi, menampilkan Saiful Apek sebagai Aiman, suami kepada Azura, lakonan Nasha Aziz yang telah berkahwin selama tiga tahun tanpa zuriat.

Aiman rasa terancam apabila bapanya mengugut akan menderma seluruh harta kepada anak yatim.

Azura merelakan Aiman berkahwin lain dengan pelbagai syarat. Antaranya, Aiman tidak boleh berkahwin dengan gadis yang cantik.

Aiman berpakat dengan sepupunya, Sammy untuk mengubah penampilan gadis pilihannya, Mawar sebagai gadis kampung. Azura bersetuju apabila bertemu Mawar. Bagaimanapun ketika maj lis nikah, Azura pengsan selepas mendapati Mawar sebenarnya cantik.

Di hospital, doktor mengesahkan Azura mengandung.

Sementara itu satu lagi filem arahan Razak Mohaideen, Nana Tanjung 2 pula akan ditayang pada umum, dua minggu selepas Otai.

Meraikan kehadiran filem-filem baru itu, Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd., dan GBSB dengan kerjasama Mydin Mohamed Holdings Bhd., telah meraikan 50 anak-anak yatim, 20 ibu tunggal dan 20 orang kurang upaya (OKU) dari Kampung Medan, Petaling Jaya pada satu majlis berbuka puasa di Pasaraya Mydin USJ, baru-baru ini.

Turut dirai dan menerima sumbangan daripada GBSB ialah pelakon Azean Irdawaty dan Piee (tidak hadir).

Sumbangan diberikan oleh Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd., Datuk Ameer Ali Mydin dan Pengurus Besar GBSB, Ahmad Puad Onah.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelakon filem Otai iaitu Nasha Aziz, Saleh Yaacob, Azean Irdawaty dan Faeza. Lain-lain pelakon yang hadir ialah Fasha Sandha, Jehan Miskin, Waheeda dan Ainul Aishah Azizon.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.