saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 09/10/2007

Perak senarai 6 pemain muda

IPOH – Perak menyenaraikan enam pemain muda bagi menghadapi saingan bola sepak Liga Super yang bermula pada bulan November akan datang.

Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Mohammed Mahiyuddin Abdullah berkata, lima pemain Piala Presiden dan seorang pemain Piala Belia telah dinaikkan pangkat pada musim depan.

Penjaring terbanyak Piala Presiden, Razali Umar Kandasamy yang berjaya menyumbatkan 31 gol dalam 34 perlawanan antara pemain Piala Presiden yang dinaikkan pangkat.

Empat pemain Piala Presiden yang lain adalah Mohd. Fauzi Ariffin, Arif Fazli Saidi, Ahmad Fakri Saarani dan Kamarul Effandy Abd. Ramli.

Pemain Piala Belia, Mohd. Noor Hazrul Mohd. Mustafa turut disenaraikan dalam Liga Super.

Selain itu Mahiyuddin turut mengumumkan bahawa ketua pasukan Telekom Melaka, Mohd. Hardi Jaafar dan bekas pemain kebangsaan, Mohd. Noor Ismail turut menyertai skuad Seladang.

‘‘Hardi dan Mohd. Noor setuju beraksi dengan skuad Seladang dan kedua- dua pemain berkenaan sudah memulakan latihan sejak seminggu lalu,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa Perak akan memulakan latihan intensif di bawah pengawasan jurulatih, Steve Darby selepas Hari Puasa nanti.

Pemangku Presiden PAFA itu membayangkan bahawa Perak mungkin menggunakan dua pemain import sahaja pada musim akan datang.

Katanya, Keita Mandjou dari Republik Guinea dan Traore Abdoulaye dari Burkina Faso sudah cukup untuk memantapkan skuad Seladang kelak.

Mandjou muncul sebagai penjaring terbanyak Liga Suoer selama dua tahun berturut-turut dikekalkan dalam skuad Seladang bersama-sama Abdoulaye semusim lagi.

Namun begitu, pemain pertahanan dari Crotia, Vedran Kukoc diketepikan kerana masalah kecederaan yang berpanjangan.

Dalam perkembangan lain, Pemangku Presiden PAFA menafikan persatuan tersebut sedang menghadapi masalah kewangan.

‘‘PAFA mampu membayar gaji para pemain Liga Super, Piala Belia dan Piala Presiden sepanjang tahun 2008 akan datang,” jelas Mahiyuddin.

‘‘Kewangan PAFA masih kukuh kerana mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.